AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Umno mahu rakyat bodoh dan miskin

Umno dari dahulu kini dan selamanya mahu rakyat bodoh dan miskin. Mengapa? Jawapannya kerana bila rakyat bodoh dan tidak berilmu maka mudah untuk mereka menipu dan mengelirukan rakyat.

Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan  PAS dan PR untuk bercakap di dalam media samada elektronik atau cetak. Kerajaan menutup ruang maklumat secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa. Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya.

Masjid dan surau dibiarkan kosong tidak dipenuhkan dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya. Mereka tidak mahu rakyat faham Islam kerana bila rakyat berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR.

Selain itu rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan miskin dan merempat kerana dengan kemiskinan rakyat mereka mudah dibeli dan disogok ketika kempen pilihanraya. Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi.Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Comments

Anonymous said…
Dah cakap banyak kali...melayu ni memang tak berapa cerdik, pastu malas pulak membaca...Melaka Hari Ini tu membazar sahaja, bukan orang UMNO baca pun...orang lain yang baca, Umno suka duk borak kat kedai kopi tunggu projek datang, subsidi datang, bantuan datang...PEMALAS