AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Timbalan Presiden : Syabas Dato Tuan Ibrahim, pemimpin lain juga patut sertai pertandingan

Kita mengucapkan syabas kepada Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil keputusan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Keputusan tersebut adalah bijak dan tepat bagi memberi peluang terbuka kepada ahli-ahli PAS khususnya para perwakilan memilih pemimpin yang diyakini boleh membantu Presiden. Lebih ramai calon lebih baik kerana sudah tentu kita akan dapat memilih calon yang benar-benar hebat demi kesinambungan perjuangan PAS masa hadapan.

Ahli PAS sudah tentu mahukan pemimpin lain yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden turut sama menerima pencalonan tersebut. Antaranya Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Haji Husam Musa. Kedua-dua pemimpin itu juga layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Ayuh Datuk Seri Azizan dan Datuk Hj Husam jangan hampakan harapan ahli yang mahukan kepimpinan YAB dan YB menerajui PAS.

Ketokohan Azizan memang tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya memerintah negeri Kedah dengan baik sehingga Umno/BN negeri Kedah mati kutu tidak berjaya menggoyangkan kerajaan negeri walaupun pelbagai cubaan jahat mereka lakukan.

Manakala Datuk Husam memang dikenali ramai dan merupakan seorang petugas parti yang komited dan istiqamah. Sebaik sahaja menghabiskan pengajiannya di Universiti Malaya beliau terus menghambakan dirinya kepada perjuangan Islam sehinggalah beliau diamanahkan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan. Kepimpinan beliau memang teruji dan menjadi antara tenaga penting di belakang Tok Guru Mursyidul Am membawa Kelantan menjadi negeri aman, makmur dan berkebajikan.

Comments

Anonymous said…
gila jawatan juga tuan ibrahim ni.
sekejap nak sekejap taknak.
cakap dah mula tak betul
subulus salam said…
saya sokong..
mana yg terpilih untuk dicalonkan wajar menerima..hasrat akar umbi..