AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

(Tempatan) Tuan Ibrahim lancar gerakerja Pilihanraya PAS Kawasan Bukit Katil

Bukit Katil : Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan melancarkan gerakerja pilihanraya peringkat Parlimen Bukit Katil pada jam 10.00 malam Khamis ini bersamaan 26 Mei 2011. Pelancaran tersebut akan dilaksanakan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Dun Ayer Molek.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip berkata seluruh jentera pilihanraya kawasan Parlimen Bukit Katil yang terdiri dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Ayer Keroh, Bachang, Bukit Baru dan Ayer Molek akan berkumpul di dataran tersebut.

"Wakil-wakil MTD akan menerima bendera lambang parti-parti Pakatan Rakyat sebagai simbolik kepada gerakerja yang akan dipergiatkan lagi selepas ini".

"Program ini Insya Allah akan memberikan suntikan semangat yang lebih hebat kepada petugas-petugas MTD dan Peti Undi bagi melipatgandakan lagi usaha dan gerakerja mereka yang telah dimulakan sejak sekian lama" tegas Ramli.

Naib Presiden PAS itu juga dijaduakan memberikan ceramah pada malam tersebut bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Menurut Ramli ceramah tersebut sudah tentu menarik kerana banyak isu-isu semasa yang akan dikupas oleh Tuan Ibrahim dan pimpinan PR seperti isu kenaikan harga minyak dan barangan, isu negara kristian, isu video fitnah dan sebagainya.

"Kita menjemput seluruh rakyat negeri Melaka dan kawan-kawan di sekitar Tampin dan Muar untuk sama-sama hadir mendengar ceramah yang menarik ini" tambah Ramli

Comments