AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

(Tempatan) Jawatan Kosong - Penceramah dan Tukang Sorak Parti Tidak Bertamadun

Ceramah PAS di Kg Bukit Pulau malam tadi tidak diiganggu oleh puak-puak yang tidak bertamadun. Biasanya semua ceramah PAS di Kawasan Parlimen Bukit Katil diganggu oleh puak-puak ini samada mereka mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS ataupun mereka menghantar kumpulan sorak untuk membuat bising ketika ceramah PAS berlangsung.

Malam tadi mereka tidak mengadakan ceramah maupun menghantar kumpulan sorak. Mungkin mereka tidak cukup tenaga atau tiada penceramah berwibawa. Jadi di bawah ini disertakan IKLAN JAWATAN KOSONG untuk mengisi kekosongan jawatan Penceramah dan Tukang Sorok Kumpulan Tidak bertamadun itu.

1) Jawatan : Penceramah
    Kelulusan : Tidak perlu kelulusan tinggi cukup setakat SRP sahaja.
    Kemahiran : Pandai memaki hamun, memfitnah, buat bohong dan paling penting PANDAI BODEK
    Pengalaman : Tidak diperlukan di mana latihan akan diberi untuk memaki, memfitnah, berbohong dll.
    Elaun : RM50 untuk sekali ceramah. Namun banyak peluang untuk mendapat projek dan kontrak
    Lain-lain Kemahiran : Mampu berceramah selama 3 jam kerana kadang-kadan tiada penceramah lain
                                     untuk berceramah terpaksa berceramah 2 atau 3 kali pada satu majlis.

2) Jawatan : Tukang Sorak
    Kelulusan : Setakat Darjah 6 pun tidak mengapa
    Kemahiran : Memiliki surau kuat dan tidak serak, mampu bertahan selama 3 jam untuk bersorak, pandai
                       maki hamun, menghina, mencarut dan menggayakan isyarat lucah.
    Pengalaman : Tidak perlu, latihan akan diberikan
    Elaun : RM20 untuk setiap majlis. Namun peluang menjadi kaya raya cerah kerana banyak projek dan
               kontrak menanti.

    Cepat sebelum terlambat. Tarikh Tutup : Terbuka sepanjang tahun
    Hubungi pejabat pihak yang berkenaan yang terdekat.

Comments