AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

(Tempatan) Ali Rustam dicabar bertanding di kawasan majoriti Cina

Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam mencabar DAP meletakkan calon Cina untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Kita pula cabar Ali Rustam bertanding di kawasan majoriti Cina. Ada berani ke? Kita yakin MCA atau gerakan sudah tentu akan memberi laluan kepada Ali Rustam untuk bertanding di mana sahaja Dun yang majoriti pengundinya Cina seperti Dun Bandar Hilir, Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bachang.

Kita ingin melihat samada Mohd Ali berani atau tidak bertanding salah satu dari 5 Dun tersebut. Mohd Ali boleh bertukar kerusi. Salah satu kerusi majoriti Melayu boleh diberi kepada MCA. Kita cadangkan Mohd Ali bertanding di Dun Ayer Keroh dan Calon MCA bertanding di Ayer Molek. Kedua-duanya dalam Parlimen Bukit Katil yang diketuai sendiri oleh Mohd Ali sebagai Ketua Bahagian Umno.

PAS sendiri telah membuktikan keterbukaan dan keberanian apabila meletakkan calon berketurunan Cina iaitu Anuar Tan di Dun Kota Lama yang majoriti pengundinya adalah Melayu. Selain itu PAS pernah meletakkan calon India iaitu Cik Kumutha bertanding di salah satu Dun di Johor pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kita yakin 100 % bahawa Mohd Ali tidak akan berani bertanding di salah satu dari lima Dun di atas kerana beliau sudah pasti akan tewas malah mungkin hilang deposit.

Mohd Ali dalam kenyataan medianya semalam yang disiarkan Utusan (Meloya) hari ini mencabar DAP bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu di negeri Melaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Comments