AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

(Nasional) Takziah buat keluarga anak-anak yatim yang meninggal dunia

Saya mengucapkan takziah di atas kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim At Taqwa di Hulu Langat semalam yang mengorban 25 orang penghuninya.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Semoga seluruh ahli keluarga yang terlibat sabar dengan ujian Allah yang berat ini. Mari sama-sama kita doakan semoga semua roh yang meninggal dunia ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solihin dan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

~Mutaligat~

Comments