AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

(Nasional) Naikkan harga minyak tindakan bertanggungjawab?

"Otak letak di lutut agaknya", itu komen sahabat saya (tidak mahu nama disiarkan) bila mendengar komen Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi kerajaan yang bertanggungjawab walaupun tindakan merasionalisasi subsidi mungkin menjadikannya kurang popular.

"Mana ada orang yang waras yang boleh berkata demikian iaitu naikkan harga minyak adalah tindakan yang baik dan bertanggungjawab. Bukankah kita semua tahu bahawa bila harga mninyak naik, harga barangan lain pasti akan naik melambung-lambung tingginya." kata sahabat saya.

"Adakah dengan menaikkan harga minyak bermakna kerajaan BN menguruskan negara dengan baik seperti dakwaan Muhyiddin semalam.?" soal beliau.

Katanya, pimpinan BN sekarang bingung dan tidak lagi berfikir secara waras lantaran kerana tamakkan kuasa, tamak projek dan suka melakukan pembaziran. Bila kerajaan tidak ada duit rakyat yang terpaksa menangunggnya.

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik dan tidak waras itu semalam semasa merasmikan Surau Al-Amin di Kampung Sawah Tulang Gajah di Lenga dekat Pagoh. Kenyataan beliau disiarkan oleh  media arus perdana hari ini.

Beliau diminya mengulas laporan tentang kabinet yang akan membincangkan mengenai rasionalisasi subsidi khususnya minyak RON95 dalam masa terdekat.

Comments

Anonymous said…
Memang pemimpin negara semakin bengong dan tak cerdik.