AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UMNO/BN GILA TALAK

Bagai orang gila talak Umno/BN menggunakan apa juga cara untuk menggoyangkan perpaduan dan kestabilan kerajaan negeri Selangor. Mereka tidak kisah samada tindakan yang mereka lakukan itu halal atau haram di sisi Islam atau demokrasi. Mereka tidak kisah samada tindakan itu bijak atau bodoh, yang penting apa juga cara digunakan untuk tujuan memporak perandakan PAS dan PR.

Sebab itulah mereka sanggup mengadakan 'demonstrasi sarkas' semalam di perkarangan Pejabat PAS Selangor. Para demonstran mengaku mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Desakan mereka ini samalah dengan hujah dan serangan Umno/BN kepada PAS dan PR selama ini. Jadi tidak perlulah mereka menamakan diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS lebih baik mereka mengaku sendiri mereka adalah penyokong Umno/BN atau mungkin juga ahli Umno yang diupah dan diarahkan oleh Umno/BN.

Jika mereka benar-benar penyokong dan ahli PAS mereka tidak akan melakukan perbuatan 'sarkas' seperti itu kerana ahli PAS dan penyokongnya ada harga diri dan maruah serta tidak mudah dicocok hidung oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

Sebenarnya Umno/BN benar-benar tersepit dan gusar dengan perpaduan PR yang semakin erat dan mantap selepas kejayaan PR mengadakan konvensyen PR yang bersejarah minggu lalu. Harapan mereka yang mahu melihat PR berpecah menjadi lebur kerana PR semakin mantap dari masa ke semasa.

Jadi mahu tidak mahu mereka terpaksa mencipta tindakan-tindakan yang melucu dan menggelikan seperti yang mereka lakukan semalam.

Ibarat duda yang GILA TALAK, apa sahaja akan dilakukan bagi membolehkan jandanya rujuk semula kepadanya hatta menggunakan CINA BUTA. (Maaf gunakan istilah ini).

Comments