AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

POLITIK BARU NIZAR NYATAKAN TENGGELAMKAN POLITIK LAMA ISMAIL DAN ZAMBRY

Politik Baru yang diketengahkan oleh PR sekarang ini ternyata merimaskan BN. Apa tidaknya slogan PAS FOR ALL atau mungkin selepas ini PR FOR ALL ternyata berjaya memecahkan tembok perkauman, agama dan ideologi yang sekian lama diapi-apikan BN.
Kini isu perkauman, agama dan raja yang menjadi senjata yang digunakan BN ternyata makan tuan.

Rakyat Malaysia khususnya pengundi Bukit Gantang sudah mula sedar politik 3R (Race, Religion, Royal) sudah ketinggalan zaman.
Calon PR Bukit Gantang ternyata berjaya mendokong slogan POLITIK BARU ini apabila merealisasikan dirinya sebagai model kepimpinan politik baru.

Kini orang Cina dan India tidak lagi takut untuk bersama PAS dan Islam. DAP yang dulunya dilihat anti Islam kini bukan sahaja selesa untuk bersama PAS malah rindu jika tidak dapat bersama PAS dan PKR dalam program-program memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat.
Berlainan dengan Umno, MCA dan MIC yang terus meneruskan menggunakan sentimen perkauman masing-masing untuk memancing undi.
Semangat perkauman yang menebal di dalam Umno menyebabkan mereka menuduh Nizar menjadi boneka kepada DAP dalam kerajaan PR memerintah Perak.
Saya ingin bertanya kepada saudara-saudari semua :-
1) Salahkah Nizar membantu orang Cina dan India miskin
2) Salahkah Nizar membantu orang Melayu miskin
3) Salahkah Nizar membantu sekolah agama, sekolah Cina dan Tamil yang dhaif
4) Salahkah geran diberi kepada penduduk kampung baru sedangkan mereka sememangnya layak untuk mendapatkannya.
Jika ramai Melayu miskin maka ramailah yang akan mendapat bantuan. Jika ramai India miskin maka ramailah India yang akan mendapat bantuan.
Apa yang penting orang Melayu tidak perlu bimbang dengan kedudukan mereka kerana kita punya perlembagaan dan undang-undang. Selagi semua pihak mematuhi undang-undang dan demokrasi selagi itulah semuanya akan aman. Masalahnya sekarang Umno dan BN lah yang tidak menghormati undang-undang.
Umno dan BN lah yang memainkan isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa.

Sebenarnya POLITIK LAMA BN sudah tidak ada tempat dalam negara kita. BN akan dikuburkan tidak lama lagi.

Comments