AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN

Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR.

Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak.

Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu untuk mentadbir dengan baik.

Ketidaktentuan kerajaan 'HARAM' Perak terus menyelubungi kita semua. Jika benar Sidang Bawah Pokok Kerajaan PR baru-baru ini tidak sah maka sudah pasti DUN Perak akan terbubar dengan sendiri bulan Mei ini kerana tidak mengadakan Sidang DUN selama lebih 6 bulan. (Jika fakta saya silap sila betulkan).

Alangkah malunya negeri Perak jika DUN Perak terbubar dengan sendiri lantaran Sidang DUN tidak dipanggil selepas 6 bulan Sidang DUN sebelum ini. Jika Sidang DUN bawah pokok diiktiraf sah maka sudah pasti semua usul yang dibawa pada sidang tersebut adalah sah yakni YB Nizar masih MB dan yang paling penting DUN juga terbubar dengan sendiri kerana usul pembubarannya telah diluluskan pada Sidang bersejarah tersebut.

Jadi jalan penyelesaian bagi kemelut dan kekalutan ini ialah Ke Bawah Duli Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN Perak dengan segera bagi memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan Baginda yang baru.

Daulat Tuanku!

Comments

Anonymous said…
kalau tuanku sultan nak test siapa yang akan menderhaka atau mohon derhaka, saya mohon tuanku perkenan pembubaran dun perak. kita tengok siapa yang akan menjadi PENDERHAKA SEBENARNYA
Unknown said…
BN kalah, Salah siapa kali ini?
Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

Rasanya Najib perlu membubarkan parlimen untuk mendapat mandat rakyat yang sebenar.
Anonymous said…
Siapa salah UMNO kalah di B.Gantang. Tiga orang general UMNOBN sendiri setuju menadah tangan supaya UMNOBN kalah bila mereka AMINkan doa YANG BATIL ITU TETAP BATIL dan YANG BENAR ITU TETAP BENAR semasa dipohonkan oleh Nizar di masjid Simpang. Kini Allah makbulkan AMIN ketiga-tiga general tersebut.masyAllah...kun fayakun..
Syed @ Don said…
tp yang hairan, berapi-api diperbicarakan. berdozen-dozen isu diutarakan. Berbondong-bondong dtg penyokong luar dan dalam negeri. Tetapi majoriti hanya kecil. Ya, lebih besar dari pilihanraya lalu tetapi kalau mengikut peratusan masih lagi ciput. kalau nk dikatakan fanatik, tak nampak macam PR boleh kalah dari segi penyokong fanatik.
Sudah di pesan dan mohon pada sultan untuk beri restu bubar dewan sebelum pilihanraya . Ini untuk selamatkan air muka raja.
Kini, rakyat dah setuju dengan undi kepada Nizar.
Sultan harus ikut kehendak rakyat dan bukan sebalik nya.
Sokongan kepada Nizar cukup kuat .
PM yang baru pun kalah.