AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MAHATHIR MASUK UMNO : KEZALIMAN BELIAU AKAN DIULANGI

Kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam Umno bakal mengembalikan 'legacy' beliau yang menzalimi rakyat lebih 20 tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Ramai pemerhati politik melihat beliau akan menjadi Penasihat Kedua Najib selepas Rosmah Mansor. Mahathir dan Rosmah dikatakan akan menjadi penentu kepada hala tuju Malaysia.

Kalau semasa zaman pemerintahan Mahathir beliau pelbagai peristiwa besar berlaku di mana Anwar difitnah dengan dahsyat, Umno diharamkan, ISA digunakan sewenang-wenangnya, Raja-Raja Melayu diderhakai, diskriminasi kepada kerajaan PAS memuncak, kronisme dan nepotisme berleluasa dan macam-macam lagi saya yakin 'legacy' ini akan berulang dalam pemerintahan Najib.

Jelas kemasukan Mahathir ke dalam Umno dan menyokong pemerintahan Najib membuktikan bahawa Najib dan Mahathir mempunyai persamaan dalam cara bertindak dan polisi kerajaan.

Tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik pergantungan permit Harakah dan Suara Keadilan cuma gula-gula untuk mengabui mata rakyat. Saya yakin tindakan lebih drastik akan dilakukan oleh kerajaan Najib untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Najib akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengukuhkan kedudukan dirinya dan BN.

Comments

Anonymous said…
UNDILAH BARISAN NASIONAL
Anonymous said…
SIAPSIAGALAH ! SANG MAHA TELAH KEMBALI.
Inilah pemimpin negara yang penuh dengan dosa terhadap bangsa Melayu dan Diktator Melayu.
Semoga kemasukan ini akan terus membuktikan kepada rakyat Malaysia hari ini betapa kotor dan hina kekuasaan pimpinan UMNO.
Bersedialah untuk membuka pekung di dada UMNO. Biar nampak kudis, biar nampak nanah, biar nampak panau dan biar nampak kurap Sang Maha ini. Rakyat harus berani dan sedar segala sejarah buruk Sang Maha ini .
HIDUP ANWAR ! HIDUP NIK AZIZ ! HIDUP GUAN ENG !
UNDILAH PAKATAN RAKYAT DEMI KEBEBASAN SUARA RAKYAT MALAYSIA MASA DEPAN.