AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

HATI-HATI DENGAN GULA-GULA NAJIB

Setiap kali Perdana Menteri baru dilantik sudah tentu ada agenda baru yang akan dikemukakan bagi menaikkan imejnya.
Dr Mahathir semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan dari Hussien Onn dahulu memperkenalkan dasar pandang ke timur, Islamisasi, Bersih Cekap Amanag, Kepimpinan melalui tauladan dan lain-lain.
Pak Lah pula memperkenalkan Islam Hadhari, kini cuba meraih populariti dengan konsep satu bangsa Malaysia juga ingin mengkaji semula ISA. Selain itu Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik balik pergantungan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Terbukti Najib ingin menjadikan ini sebagai gula-gula untuk menunjukkan beliau lebih demokratik dan terbuka. Lebih-lebih BN menghadapi laluan getir di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Tidak syak Najib cuba mengurangkan kebencian dan kesangsian rakyat kepada beliau dengan mengambil pendekatan begini.
Saya mengharapkan rakyat khususnya di ketiga-tiga kawasan tidak mudah terpedaya dengan gula-gula Najib. Sesungguhkan batang tubuh Najib itu sendiripun penuh dengan kontroversi yang masih belum diselesaikan.

Comments

akira® said…
salam saudara,
saya sokong penuh pendapat saudara.


Pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan adalah strategi politik licik Najib.
Srategi licik ini mungkin tidak dapat dihidu oleh PR. Perkara ini dirancang dengan teliti.
Harakah dan SK digantung semasa perintahan Pak Lah, ramai yang tidak berpuas hati dan selepas Najib menjadi PM-6, umpama seorang HERO, beliau menarik balik larangan tersebut. Dengan cara membebaskan tahanan ISA dan menarik balik larangan pergantungan 2 akhbar tersebut, beliau merasakan perkara ini sedikit sebanyak dapat menengelamkan isu2 yang berkait rapat dengan dirinya. Beliau berpendapat isu ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi piliharaya kecil yang akan berlansung pada 7.4.09.
Wahai rakyat sekalian, janganlah kamu mudah teperdaya dengan mainan politik.
Seperti juga semasa zaman Pak Lah dulu, ramai yang berterima kasih kepadanya apabila membebaskan DSAI. Perkara dan skrip yang sama cuma watak yang berlainan.

Najib bebaskan 13 tahanan ISA & 2 Akhbar
naked gun said…
dia bg gula2 ambikla..undi tetap PAS, ko' palo puok dio tu derah biar dio muta ligat nunge nyor...
Anonymous said…
Terimalah sahaja langkah transformasi Najib ni. Kita akan lihat betapa bijaknya Najib.
Apa yang lebih menarik ialah bagaimana pemimpin ulung UMNO, Dr Mahathir akan diperkudakan atau dikambinghitamkan oleh Najib.
Apa yang dilakukan oleh Najib belum pasti dapat membersihkan roh Altantuya. Kepada semua insan-insan yang pernah teraniaya pada zaman Mahathir peluang kali ini lebih cerah untuk menunjukkan betapa buruk dan hinanya pimpinan UMNO ini. Dulu hanya dapat satu PM je kali ni peluang nampak lebih jelas kerana ada dua yang memegang gelaran PM ni. Gunakan peluang keemasan ini dengan efisen sekali. Buktikan kepada rakyat bahawa kita tidak mahu dipimpin oleh kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin HINA. PR harus kita menangkan demi kebebasan dan hak keadilan sebagai rakyat yang merdeka.