AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

POLIS BERSEKONGKOL DENGAN BN HALANG CERAMAH ~ Ref Malaysiakini

BN terus mengganas dan tamakkan kuasa. Setelah mereka merampas Harakah dan Suara KeADILan kini mereka mengharamkan pula ceramah politik di Perak. Semua itu adalah antara usaha yang mereka lakukan untuk menutup ruang rakyat mendapatkan maklumat dari PR. Sedangkan media massa pengampu samada TV dan surat khabar terus memfitnah dan mentohmah PR khasnya di Perak.

Inilah kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Rakyat mesti bangkit menolak BN di Bukit Gantang bagi mengajar BN supaya jangan terlalu tamak kepada kuasa sehingga mengongkong rakyat.

Hari ini media melaporkan bahawa Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

Ketua Polis Negara memberitahu Malaysiakini hari ini, permit ceramah akan dibekukan sehingga "situasi kembali elok."

Tan Sri Musa Hassan berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi. Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.

Inilah buktinya bahawa BN sudah tidak mampu membendung kesedaran rakyat tentang kejahatan BN. Bila BN sudah tidak mampu berdepan dengan rakyat mereka akan menggunakan Polis dan agensi lain untuk berdepan dengan rakyat. Kaedah memang sudah menjadi amalan BN yang pengecut dan pondan.

Comments

Anonymous said…
Mana demokrasi kalau macam ni,BN terus berkempen melalui media mereka ,kita dihalang berceramah pun.Malaysia dah cukup teruk sekarang,itu belum Najib jadi Pm lagi,kalau Najib dah jadi PM nanti agaknya keadaan lebih teruk dari masa Mahahthir.Hantu kopek lah yg akan jadi raja dan bermaharajalela.
yeop said…
kami rakyat perak diikat kaki, tangan dan mulut.
Anonymous said…
jangan lah nak buat fitnah, bila pulah tangan, kaki dan mulut kau kena ikat. aku harap cepat lah najib naik jadi PM biar cepat puak pembangkang ni kena ISA. biar padan muka dia orang. terutama anwar si belit tu.