AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KERAJAAN HARAM BN PERAK BAZIRKAN DUIT RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Baru sehari memasuki Pejabat, Kerajaan Haram BN di Perak terus menunjukkan sifat semulajadi mereka iaitu suka membazirkan duit rakyat. Memang tidak dapat disangkal bahawa kerja membazir ini sudah menjadi amalan dan sifat yang memang sukar untuk dibuang oleh pemimpin dan kerajaan BN.
Semalam Menteri Besar kerajaan Haram BN mengumumkan perlantikan 3 orang penasihat Menteri Besar haram dan seorang Ketua Penerangan Negeri yang bertaraf exco dan sekaligus mendapat kemudahan exco.
Mereka yang dilantik adalah Mohd Najumuddin Elies bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Agama, Chang Ko Youn (Hal Ehwal Masyarakat Tionghua), S Veerasingam (Hal Ehwal Masyarakat India), and Hamdi Abu Bakar (Ketua Penerangan Negeri).
Keempat mereka akan mendapat gaji sebanyak RM250,000 setahun.
Persoalannya apakah Menteri Besar kerajaan Haram tidak percaya dengan keupayaan Exco-exconya sehingga terpaksa membazirkan duit rakyat sebanyak itu untuk membayar gaji penasihatnya yang begitu ramai.
Inilah sikap dan rupa sebenarnya kerajaan Haram BN di Perak. Hari pertama mereka memasuki pejabat mereka terus mengumumkan langkah untuk membazirkan duit rakyat.
Rakyat Perak khasnya Bukit Gantang mesti bangkit menentang kerajaan haram pada pilihanraya kecil kawasan tersebut tidak lama lagi.

Comments

farrah said…
Salam.

Penat-penat kerajaan pimpinan saudara Ir Nizar susun strategi berjimat cermat semua, senang-senang kerajaan haram BN agih-agihkan kekayaan (yang tak berapa ada tu) seperti biasa.

BN, BN *shook head*
Anonymous said…
Bukannya membazir, itu nilai tanggung jawab yang patut diberi.

Orang yang membazir ialah nizar kerana telah memberi camry yang dijual oleh ronie liew (bapa ayam selangor)..

banyak mana duit telah dibazirkan..

menggunakan kemudahan rakyat, (kediaman rasmi) untuk tujuan politik.. duit letrik dan kemudahan lain yang terpaksa kerajaan tanggung...

fikirlah siapa yang membazir..

tolong tanya husam banyak mana dia dapat duit balak dari hutan perak?
Anonymous said…
Laporan SPRM terhadap MB baru
http://www.malaysiakini.com/news/98137

To Alam, ye ke? Boleh beritahu berapa kos penyelengaraan kereta MERC di Terengganu diterajui BN?
Anonymous said…
alam..

jgn la bersifat jahil fakta... sekalipun membuat ceramah membazir disebabkan penggunaan elektrik.. berape je nk banding ngan 250k stahun tu.

ade otak, ade akal,
ade akal, tok sah la bpikirn dangkal.

sekian..
apa kebendalah mentaliti orang pr ni.sekarang ni ada pulak kerajaan haram kerajaan halal yek.

dah sultan yang lantik dia jadi mb baru yang awk tak percaya lagi kenapanya. awk ingat sultan tu macam kawan pakcik awak boleh sogok2 dengan duit nak pilih sapa mb baru hahaha.

agaknya kalau lepas ni yang dipertuan agong suruh tangkap anwar, lagilah meroyan kamu semua.

sapa yang anjurkan melompat parti? sapa yang sampai berkejar ke taiwan? sapa punya idea? kalau bukan bro anwar punya ideakan.

sudah sudahlah tu. Kalau tak puas hati, keluarlah mengundi beramai ramai masa pru13 nanti.
Anonymous said…
salam...
1) kan aku dah kata sofi ni bodoh....

2) suka menghasut rakyat dgn dakyah2nya...

3) Orang Melayu kalau dah tak menghormati raja, siapa lagi akan hormat melayu

4) sendiri org PAS pk la...

5) korang tau menghentam jer, kerajaan halal la, kerajaan haram la...ni la keje sofi....menghasut rakyat...
Anonymous said…
salam bro sofi,
tok sahlah kecik hati dgn kebodohan penganut umno, lantak dia oranglah,
yg penting kita teruskan agenda keadilan kita. semuga allah memberkati kita semua.
Anonymous said…
saya mintak la, dari sahabat2 penyokong umno bn yang ada, bagitau kat saya ulamak atau ustaz yang boleh saya rujuk dan buat teladan, kut2 la hati nurani saya ni terbuka atauterpaut pada kebaikan dan kebajikan yang umno bn buat untuk umat islam sedunia, khasnya kat MALAYSIA yang tercinta ini.
Anonymous said…
Bukan ke adik sultan perak tu orgnye umno....kaum kerabat sultan perak mesti terikut kate dieorg(umno),kabel dalam la katekan...kalau sultan perak tu baik da mesti die bubar DUN perak. Bagi rakyat pilih sendiri lebih afdal gitu.Kalu pilihanraya ade dan pr kalah,mesti la tunduk .Tp kalu main rampas gitu je mane keadilan nye, tok soh bute la la puak umno ni.Kepada org yg sokong umno ni bace la harakah untuk yau lbh lg.Biasanye org pr ni die tgk berita pastu refer pd harakah,baru tau hal sebenar,kalau x percaya bulat2 la cakap tv3.Xde kebebasan bagi media alternatif untuk bertapak di malaysia ni.Bagi la satu tv ditadbir pas. Kite tgk la sape betul.Tp kerajaan x kn berani buat.Ko tau kenapa?Hanya pembangkang tau.Tv3 tu x soh la nak percaya sgt...bayak menipu dari yg betul.Semua tv yg ade kt malaysia ni semua x adil ko tau...Umno zaman Tunku Abd Rahman x same ngan umno skrg wei...pikir sendiri la...Otak ade kn.Pak lah tu alim sgt ke? Cari bini tu biar la bertudung baru la ak hormat ini x. Ak respect isteri2 sultan yg pakai tudung.Pedoman pada wanita zaman durjana sekarang.Boleh ko beritahu ak sape org paling baik dalam umno? Soalan baik ni...
Anonymous said…
Sofi ni mcm yahudi, penghasut dan penjenayah siber paling besar. yahudi pun tak buat mcm sofi ni.golongan yang dilaknat. mcm parti pas la, parti sial dan menyialkan.
azani said…
apa susah nanti dia pusing duit balik.itu tanah yg nizar dah bg kasi tarik,bikin projek baru.itu wang boleh pusing.balak kasi potong balik...ah byk senang mau cari wang la,malaysia kaya maaa.
Anonymous said…
Kalau kita sokong semua baik tapi kalau tak suka semua buruk.Kita yang kena kuda tapi tak perasan.UMNO tu pun orang Islam kawan ada baik ada buruk serupa dengan PAS.Masaalahnya orang kita emosi jadi pandangan orang emosi tak bolih diambil kira.Sembahyang tu bukan tiket bolih buat dan cakap ikut suka.Kita masih dialam penilaian, kawan!
Anonymous said…
"KERAJAAN HARAM PKR PERAK BAZIRKAN DUIT RAKYAT ~

Salam.

Penat-penat kerajaan pimpinan saudara Ir Nizar susun strategi membazir semua, ikut cakap DAP, gadai semua hak melayu,jadi pembelot bangsa,ajar rakyat menderhaka,lemahkan institusi beraja melayu,sokong anuar al juburi menjubur sesedap rasa,senang-senang kerajaan BN agih-agihkan kekayaan seperti biasa kat rakyat.huhuhu