AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KDN TERUS MENJADI KUDA TUNGGANGAN BN ~ Ref Malaysiakini

BN kembali mengganas. Bila mereka melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun, BN akan memperkudakan agensi kerajaan untuk menentang PR. Inilah modus operandi mereka jika didapati mereka semakin kehilangan pengaruh.
Sebagai contoh selepas PRU 10 (1999) BN kehilangan banyak kerusi sehingga tewas di Kelantan dan Terengganu, BN mengganas dengan mencantas penerbitan akhbar Harakah dari 2 kali seminggu menjadi 2 kali sebulan.
Kini skrip yang sama berulang. BN tewas teruk pada PRU 12 (2008) lalu apabila BN hilang majoriti 2/3 dan terlepas 5 negeri kepada PR. Jadi mereka akan mengganas lagi. Bukti terbaru akhbar-akhbar Harakah dan KeADILan milik PAS dan PKR di rampas oleh Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Alasan yang diberi ialah akhbar-akhbar dijual secara terbuka dan isi kandungannya tidak tepat.
Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.
Apa yang menghairankan buku-buku, akhbar-akhbar dan majalah-majalah tahyul, lucah dan tidak berfaedah dibiarkan dijual secara terbuka tanpa kawalan. Inilah sikap 'double standard' KDN yang diperkudakan oleh BN.

Comments