AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BAKAL CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini adalah nama-nama bakal calon yang saya rasakan sesuai untuk dipertimbangkan sebagai calon :-

1) Ustaz Idris Ahmad (gambar) - AJK PAS Pusat. Anak Tok Guru Hj Ahmad Sg Petai, anak tempatan, terpelajar, petah berpidato, dikenali ramai di kawasan ini. Pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang. Pernah bertanding pada PRK Changkat Jering beberapa tahun lalu. Bekas aktivis pelajar.

2) Prof Salleh Ahmad - Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia, bekas Pensyarah, anak Tok Guru Hj Ahmad Sg Petai, anak tempatan, dikenali ramai.

3) Sdr Idris Zakaria - Anak muda yang berpotensi. Bekas Calon PAS Dun Trong pada PRU 2004. Seorang professional, ahli Farmasi. Berasal dari Kampung Changkat Ibol, mempunyai kaum keluarga yang ramai di Bukit Gantang. Bekas pemimpin pelajar.

Lain-lain pemimpin PAS Negeri seperti Ustaz Ahmad Awang, YAB Ir Mohamad Nizar, Dr Khairuddin Malik dan Haji Asmuni Awi juga boleh diketengahkan.

Pemimpin-pemimpin PAS Pusat seperti Hj Mohamad Sabu juga berpotensi untuk dicalonkan kerana saya yakin pengundi Bukit Gantang boleh menerima beliau.

Comments

Anonymous said…
bagi semua kat orang pas!!, klu org UMNO mintak kerusi, tak dapat undi bangsa lain. udah le perangai mike serupe je dgn org ameno. jgn pikir cadangan ko aje. cube bagi kat india le klu nak test market kat bukit gantang, tak pun ahli kelab penyokong pas berbangsa india ke, cine ke, baru le malaysian malaysia!!! jangan le buat perangai buruk tu, buduh!!!