AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU ~ Ref Malaysiakini

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????
Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno pada 24 hingga 28 Mac.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.
Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih teruk dan jijik dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.

Comments

Anonymous said…
ckp parti islam..tp xde stail nak berdakwah lnsng..blum ape2 lg ko da fitnah org.x pikir ke ape kesan kt pembaca blog ko ni.lg satu..camne kalo dr 10 andaian ko ni satu pon x btul atau ada satu je yg slh..x kira ko dah berdosa tu.igt la psn nabi..sbb ramai umat msk neraka kerna lidahnyer.buduh..kecik2 x nak mampos,da bsr jd cam yahudi.
Anonymous said…
wei, klu DAP yg tumbang ko nk buat solat hajat x? atau ko buat bodoh je?

blm2 apa lagi ko dah buat fitnah..entah betul ke tidak dari Dakwaan Pemerhati Politik ko tu..entah2 ko main jual je nama pemerhati politik tu ye..

aku juga org Islam, tp aku xpernah n rasa nak tercuit pun bila satu2 benda yg akan berlaku kita buat andaian yg boleh atau mkemburukkan org lain..biar hal ini berlaku n korang blh judge secukup2nya..

mungkin korang ni dh taksub dgn ajaran TGNA kot atau saja x pakai otak yg Tuhan kurniakan untuk bersyukur, mengadili dan mengisafi ttg kesalahan masing2..

PAS = PARTI PELASTIK
Anonymous said…
nor_ira

Hello pak anony hamprak...dah 51 tahun rakyat malaysia tertipu dgn tipu daya UMNO tu pun belum sedar2 lagi ker...baik pak anony bertaubat sblm smp ajal...dlm kubur xde sapa nak tolong...
EQUILIBRIUM said…
cik anon,

oh cik anon hidung mancung cukup lawa muahahahahaha

spr kena tolong amno bah... depa sibuk mau pilihanraya mac nanti muahahahhaha

takde masa nak kempen di perak dan kedah muahahahahha

jadi terpaksa le buat bulan april muahahahhha

oh cik anon gadis cantik cukup lawa muahahhahhahah
azreen said…
hahaha..pkatan kambing ragut pun boleh ada chance tuk kempen lama-lama..btul tak? cari isu baru untuk difitnah betul x?

cepat salah, lambat pun salah..
Biar awal ataupun lambat.
Rakyat lah yang akan pilih nanti.
Peluang untuk rakyat akan datang juga.
Kali ini , rakyat akan pilih tanpa balas kasihan kepada mana-mana pihak.
Biar pihak Istana ataupun kepada PM yang baru iaitu najib.

Yang rakyat marah pihak spr ialah pasal hari undi ialah hari Selasa.
Bangkai tua mana dari spr yang pilih hari Selasa?

Apa yang tak baik tentang orang Yahudi?Orang Yahudi pun ada yang baik dan ada yang teruk macam umnoputar.Einstein pun Yahudi.
Tanpa Yahudi , Malaya terus di bawa Jepun lah.
Tanpa Yahudi, raja Malaya ialah Akihito dan bukan nya sultan.
Lain kali cakap lah kerajaan Israel dan bukan nya Yahudi.
Anonymous said…
cermin2la diri tu sama...
jgn main nak hentam jer..cik anoy..
yang hang dok mengata orang tu knape....atau mmg dah dari group BEe End ya...hati gelap