AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PRK KT : PENGUNDI TIONGHUA TERENGGANU TOLAK PAS ~ Ref Malaysiakini

Keyakinan tinggi bahawa PAS akan berjaya menawan hati pengundi Tionghua Kuala Terengganu tidak menjadi kenyataan apabila PAS tewas di semua peti undi yang majoritinya pengundi Tionghua.

Peti Undi Kampung Cina di mana 82.6 % pengundinya kaum Tionghua PAS hanya memperolehi 668 undi sedangkan BN memperolehi 1,125 undi. Satu kekalahan teruk dengan majoriti 457. Kekalahan ini lebih teruk dari PRU 2008 di mana PAS tewas dengan 396 undi sahaja.

Peti Undi Pulau Kambing BN mendapat 1,123 undi PAS hanya mendapat 958 undi.

Peti Undi Pejabat Bandaran, PAS tewas dengan majoriti 200 undi di mana BN mendapat 861 undi manakala PAS memperolehi 681 undi.

Peti Undi Paya Bunga pula menyaksikan BN menang bergaya dengan mendapat 969 undi berbanding PAS yang hanya memperolehi hanya 759 undi).

Dari keputusan di atas ternyata kerja keras jentera Kelab Penyokong PAS, DAP, PKR serta PAS Kelantan yang berkampung di kesemua peti undi di atas tidak memberikan impak yang besar kepada sokongan pengundi Tionghua kepada PAS.

Sedangkan sebelum hari pengundian PR begitu yakin mereka akan mendapat membuat kejutan di kesemua peti-peti undi majoriti Tionghua.

Pemimpin-pemimpin besar DAP dan PKR seperti YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, YB Anwar Ibrahim dan lain-lain semuanya berkampung di sana dan masyarakat setempat juga memberikan sambutan yang hebat dan diluar dugaan. Namun begitu mereka tidak berani menterjemahkan sikap dan sokongan mereka di dalam peti-peti undi.

Suatu post mortem yang rapi dan menyeluruh mesti dilakukan bagi mengenalpasti sebab musabab mengapa pengundi Tionghua Terengganu masih sangsi dan takut-takut untuk mengundi PAS berbanding dengan rakan-rakan di mereka di Pantai Barat khususnya di Selangor, Perak dan Kedah.


PAS juga mesti mengkaji dan menilai apakah taktik dan strategi yang digunakan oleh BN sehingga mampu mengekalkan sokongan kaum Tionghua Terengganu kepada mereka. Samada taktik dan strategi itu mengikut lunas-lunas undang-undang atau bertentangan dengannya mesti dikaji untuk kita menyekat kemaraan BN di peti-peti undi Tionghua pada mana-mana pilihanraya akan datang.

Comments

Unknown said…
Orang Cina adalah pengundi yang bijak. Mereka ada strategi dalam mengundi. Mereka mengundi mengikut manafaat yang bakal mereka dapat.
Isu hudud yang dimainkan oleh BN juga telah berjaya menjauhkan mereka dari mengundi PAS.
Samalah seperti kalau kita mengajak orang bukan Islam masuk Islam dengan mengatakan kalau nak masuk Islam kena bersunat dulu. Tentu mereka akan cabut lari.
Sudah tentu isu hudud ini akan keluar lagi bila nak menjelang pilihanraya, memang senjata yang berkesan kepada BN.

Bijak juga si KJ itu. PAS terperangkap dengan jerat dia.
Anonymous said…
Undi sedemikian masih bolih di banggakan. Pengundi Cina sebenarnya yakin PAS akan memenangi PRK tersebut dan mereka tidak selesa dengan tagline 'the king maker' kerana sifat kerajaan negeri dan pusat yang berdendam. Walaupun tidak diterjemahkan kepada undi tetapi sokongan moral semasa berkempen dan derma yang di beri amat lah membanggakan.
Tidak perlu gusar, tetapi pemimpin PAKATAN RAKYAT mesti terus berkomunikasi dengan pengundi cina untuk kesedaran politik dan agenda perubahan.
Dari perhatian saya bukan nya salah "taktik" .
Semua penyokong Pakatang Rakyat termasuk YM RPK dan isteri , DSAI dan Wan Azizah,Lim G.E.,MB Selangor , MB Perak..semuanya diterima baik oleh rakyat dan di KT .

Cuma
1- banyak yang berkerja di luar KT dan tidak akan balik ke KT buat undi sebab cuti dan sambutan Raya Tahun Baru cuma seminggu lagi.

2- Peras ugut oleh mca dan umno .
Peras ugut yang dibuat oleh kumpulan /persatuan niaga China kepada perniaga China yang lain.
KT ialah bandar yang kecil, dan ugutan oleh mca berjaya.
perniaga tak nak ada "problem".Bukan nya dapat terima duit angpow. duit tak dapat beli undi China. Cuma ugutan itu berjaya.

3-Masyarakat China di Malaysia boleh terima dan setuju dengan PAS asal kan PAS tidak selalu pakai guna Islam. Walaupun cadangan oleh PAS itu memang ikut Islam, tapi tak perlu lah kata iaya Islam.Dan yang lain-lain itu ialah salah.
Cakap saja cadangan yang baik, dan bukan nya cadangan Islam.

Tetapi petunjuk yang baik dari KT ialah Melayu yang support PAS.
Dan Melayu yang akan tolak umno ke dasar laut. Syabas PR dan syabas kepada undi-undi untuk PR.
Sebab undi-undi China dan India tak banyak.Dan orang China dan orang India tak mahu di label sebagai China atau India lagi. Rata-rata mahu dilabel sebagai Orang Malaysia.
Oleh kerana demikian, banyak undi rosak. lebeh 600 undi rosak.
Mereka tetap pi undi, tapi rosakan undi. Tak kasi umno dan tak kasi PAS.

Tidak boleh di lihat sebagai tak terima PAS, soalan nya boleh kah PAS ubah sedikit lagi untuk buat "Orang Malaysia" selesa sikit dengan PAS.

Terima kasih lah kalau comment ini dibaca , di faham oleh semua orang PAS dan PR.
Tahniah kepada PR menang di KT dan amat terima kasih kepada suara-suara dan undi-undi orang Malaysia dari KT.
Anonymous said…
Hi There,

I think we've to be careful before drawing any conclusions:

1. How is it possible to know the EXACT number of votes from various races? If that information is available, then there's a need to reform this as it can be misused for intimidation of voters.

2. If the figures are correct, that shows the voters turnout of the chinese are extremely low, it doesn't conclude one way or the other where the sentiment is... possible conclusion is majority didn't want to come home or undecided about who to vote this round.

3. It could be a "post-election" psycological warfare by OTK, who seems more devious than previous MCA presidents to continue to drive a wedge between PR parties at the same time divert attention from MCA's failure to gain support for BN.

The sentiments on the ground are shifting, the chinese are displaying more courage to go against threats & intimidations, especially the older generation, judging by turnouts as well as donations.

So take the positives away from this election, continue to work together and work well, show the rakyat not just in KT but the rest of Malaysia, PR is viable and cohesive, the change will come. We've come a long way in 12 months overcoming the accumulated believes of 50 years, be patient a bit longer folks.
Anonymous said…
As a Chinese, I understand the dilemma of the KT Chinese voters. We do not like the many discriminations of the current government & yet we are still voting for them. Why? As it is, even if BN wins the seat, it will definitely not affect the PAKATAN coalitions as a whole but it will definitely affects the KT Chinese & Indians should the current state administration becomes vengeful as they have openly hinted at. Everyone leaves after the election & Who's going to come back & help. I believe the non Malays will bide their time & the next GE will definitely see a massive swing to the opposition. That's what I would do if I'm a KT voter.
Anonymous said…
Alias,
kamu ni bercakap macam lah BN menang. Bijak apabenda nya. Menggunakan MCA untuk memburukkan hudud dengan memberi gambaran SALAH adalah suatu tindakan yang tidak bijak di sisi Allah.

SF Yong,
Though I hate to remind people that they're chinese, malay or indian, i have to say that the chinese are opportunist.
They flock where the food is.
No food, no support.
They run to Australia if there's no food here.
If there's war, only the Malays will defend this country. The Chinese will leave, because of the 'dilemma'... and we have to 'understand' the dilemma..
Hasbullah Pit said…
Teori "Undi Cina adalah Penentu" masih releven?
Anonymous said…
If it is true that the majority of chinese in KT voted for BN I believe that its for these main reasons :

1)Majority of outstation Chinese voters did not return to vote.

2)I don't think the Chinese are afraid of the Hudud 'threat'. It's mainly because the 'home' Chinese voters prefers continuity and 'stability'.

3) They are more economically motivated rather than politically.
Anonymous said…
First congratulations to PAS and Pakatan for taking home a sweet victory. I sincerely believe the people deserve a good goverment.
To Jack
As a Malaysian Chinese myself, I cannot agree with you that only Malays will defend the country, my uncle was in the army and I m thinking of signing up to join the Polis sukarelawan myself. The statistics stated on the chinese votes in KT is just a glimpse of the overall picture, it doesnt necessarily paint the exact and accurate picture of the Chinese voters sentiment. The overall picture may not be so gloom and doom afterall. I am sure if the Chinese voters turn out are higher, the situation may be different.Most Chinese voters, unfortunately are not able to return home within the short span of two weeks due to CNY.
Looking at the statistics,each Saluran has almost 500 undi and typically a tempat mengundi will have 5 or 6 salurans. So given that the total votes for BN were only 1000+ in certain tempat mengundi, that does not necessarily translate into absolute support for BN among Chinese. One parlimentary seat can have many tempat mengundi and subsequently many many salurans. Let us gather the overall and total datas rather than sample only a few tempat mengundi and draw up the conclusion that Chinese voters voted for BN. MCA can say what they want. As far as I m concerned, Pakatan won at the end of the day.Having said that, Pakatan should evaluate the situation and find out what could have been done better. This is a strong reminder that all Pakatan components should string and work together in propelling the country to greater heights rather than debating on petty issues like 'apa yang ada dalam 6 kotak'.
I m proud to be a Malaysian and I have absolutely no qualms about defending my country. I m a Malaysian. Period.
kekwa66 said…
Saya setuju dengan pendapat Khun Pana aka johanssm tentang perkara
3-Masyarakat China di Malaysia boleh terima dan setuju dengan PAS asal kan PAS tidak selalu pakai guna Islam. ...pendek kata jangan terlalu fanatik apabila bercakap tentang islam!