AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PALESTIN : BEBERAPA CADANGAN UNTUK UMAT ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Walaupun cadangan ini mungkin sudah diperkatakan oleh kebanyakan umat Islam namun saya tidak mahu ketinggalan untuk mengulanginya lagi sebagai tanda solidariti dan kasih sayang kepada umat Islam Palestin yang menerima ujian hebat dari Allah S.W.T.

Beberapa cadangan saya :-

1) Semua negara umat Islam mesti memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi, Amerika, Britain dan lain-lain negara yang terlibat secara langsung membantu Yahudi;

2) Negara umat Islam mesti menghantar tentera masin-masing ke Palestin serta merta;

3) Negara umat Islam dan ahli-ahli perniagaan umat Islam mesti memutuskan urusan perniagaan masing-masing dengan Israel dan sekutu-sekutunya;

4) Boikot semua barangan dan semua program anjuran Israel dan sekutu-sekutunya samada dalam bentuk ekonomi, pendidikan, sukan dan sebagainya;

5) Putuskan sebarang kerjasama dalam semua bentuk;

6) Tamatkan hubungan pengangkutan samada udara, air dan darat;

7) Hantarkan seberapa banyak bantuan dalam bentuk wang ringgit, makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya

8) Halau semua duta, atase, konsul, rakyat Yahudi dan sekutu-sekutunya di negara umat Islam

9) Hentikan penjualan minyak dan lain-lain sumber tenaga kepada Israel dan sekutu-sekutunya serta merta

10) Keluar dari PBB kerana ternyata PBB menjadi boneka kepada Israel dan sekutu-sekutunya pada masa yang sama perkuatkan OIC.

Comments

Anonymous said…
Cadangan:
1. Cakap senang, negara Islam lebih bergantung dengan negara barat dan bukan sebaliknya. Kekayaan Negara Arab kebanyakkannya simpan di bank-bank di negara Barat.
2. Tentera negara Islam walaupun semuanya dihantar ke Palastin masih tidak mampu menandingi Israel.
3. Peniaga negara Islam saya rasa tidak sanggup mengambil rugi dengan berbuat demikian.
4. Tidak dapat dilakukan kerana AMerika mempunyai senjata paling kuat iaitu mencetak wang dan bailout semua company mereka yang rugi.
5. Saya rasa negara Arab tidak sanggup mengorbankan kekayaan mereka dengan membuat demikian.
6. Dengan itu semua syarikat pengangkutan negara ISlam akan bankrupt kerana perniagaan amat bergantung dengan negara Barat.
7. Ya Ya, tetapi bantuan yang paling banyak masih disedekah oleh UN.
8. Arab Saudi juga tidak sanggup berbuat demikian.
9. Jika USA tidak membeli minyak, semua negara Islam terutama Arab akan bankrupt.
10. OIC tetap Oh I See, tiada power langsung, mati pucuk.

HANYA satu LANGKAH NEGARA ISLAM PERLU BUAT iaitu menjalankan perniagaan dengan matawang lain selain US DOLLAR terutama dalam perniagaa minyak, ini akan melumpuhkan ekonomi USA degan SERTA MERTA tetapi siapa sanggup buat demikian terutamanya negara Arab. Iraq melalui Sadam Hussein pernah mengguna EURO tetapi dia dibunuh!
Anonymous said…
Kalaulah ada negara-negara Arab yang berani berhadapan dengan Israel & AS in medan perang, aku boleh pasti, negara-negara Arab ini akan dihapuskan dari muka bumi dalam 1 minggu atau lebih pantas kalau mereka mahu. Hari ini tidak serupa dengan zaman kegemilangan Islam di mana cara pengangkutan adalah kuda & unta. Tiada tanding walaupun Iran+Irag+Pakistan+Syria+Libya+Lebenon bergabung.
Sebab itulah orang Palestine hanya boleh bergantung harapan kepada Hamas & Hesbollah (Al-Queda juga??)Semua kumpulan ini berjuang dari belakang kaum wanita dan kanak-kanak. Ada yang juga tak hiraukan langsung darah daging keluarga sendiri. Bolehkah kaum muslim berbangga dengan semua ini. Aku hairan saudara nak boikot semua pengeluaran Israel & sekutunya. Internet yang saudara gunakan sekarang bukan ciptaan Telekom Malaysia atau Hamas. In barang ciptaan Kerajaan Amerika yg asalnya utk kegunaan tenteranya (yg mungkin ada darah org Arab di tangan mereka) Ehhh saudara guna google mail juga..Tahukah saudara, salah seorang pengasas empayar Google, Sergey Mikhailovich Brin adalah keturunan Yahudi Russia???? Baik saudara cepat tukar email sekarang juga, nanti orang kata saudara ni hipokrit.
Saya ada satu persoalan utk saudara. Bolehkah saudara terangkan sikit berkenaan tujuan/harapan/maklamat Hamas lancar roket ke Israel berterusan sebelum Israel serang balik kali ini?? Apakah percapaian AGUNG & KEKAL yg boleh masyarakat Palestine dapat dari lancaran roket ini?? Agarnya Israel akan rasa takut & terpaksa buka semula sempadan Gaza??? Siapa yg boleh beri bukti sokongan ini akan berlaku(dapatkan contoh dr sejarah pertempulan dgn Israel)? Secara ikhlas & yg jelas, aku tak nampak apa-apa pun. Semua ini akhirnya hanya akan menyebabkan Israel melancarkan serang besar-besaran (tak berkemanusian) ke atas Gaza & menyebabkan perkorbanan rakyat Palestine Gaza yg tak salah. Mungkinkah itu yg Hamas mahu capai? Sini adalah kesimpulan saya. Semua gerak-geri Hamas beberapa minggu yg lalu hanyalah muslihat Iran(sokongan moral kuat Hamas) utk (aku harap saudara tak terperanjat) memperlangsangkan harga minyak yg kian turun (faktor ekonomi...bukannya perjuangan hak rakyat Palestine, sebabnya mereka yg dikorbankan di sini)!! Harga minyak, seperti yg DIHARAPKAN melonjak naik...(aku boleh dengar tangisan gembira dr Timur Tengah sampai ke Iran & akhirnya dr Malaysia. Hipokrit? Salah siapa? Semua masyarakat Muslim perlu lihat diri sendiri in depan cermin & buat keputusan yg terbaik utk mengakhiri semua masalah yg dihadapi org Palestine. Tip: Cari jalan yg boleh dicapai (berperang dgn Israel & barat perlu dipertepikan) & yg tak akan mempertaruhkan nyawa rakyat Palestine yg tidak salah. Biar rakyat Palestine Hamas yg bertetapan utk melawan Israel berjuang sampai habis. Bila kumpulan seperti Hamas sudah tiada, barulah process kedamaian & mungkin juga kemerdekaan dibincang in muka meja; bukannya muka peperangan. Peace On Earth.
perunding said…
nauzubillah,
astaghfirullah al`azim.
Anonymous said…
1) Sofi ni memang bodoh dan hipokrit..cakap mmg pandai, tapi bodoh mmg ketara.....

2)orang dah suruh jawab soalan tu, jawab jer la...bagi cadangan setakat ikut kepala otak dia yg bengong jer...bodo la sofi nie..

3) macam mana la PAS bole kasik ko jawatan ketua penerangan, tapi ko sendiri x terang...sian aku nengok ko nie..apatah lagik ahli PAS lain yg dok kene tipu ngan ko yg asyik memecahkan org Islam dgn menanam rasa benci kepada kerajaan...

4) statement ko pasal polis tu pun ko dapat bukti dari mana? cakap macam budak bodo...buktikanla.....sofi ni aku rasa ko ni gila pangkat la....
Anonymous said…
SILA RUJUK HUKUM BERJUAL BELI DENGAN YAHUDI...DARI UST ZAHARUDDIN...ANDA AKAN FAHAM BETAPA BIJAKNYA UMAT ISLAM "BOIKOT" MUSUH2 NYA...
ZAHARUDDIN.NET