AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PMTG PAUH ; BN TERUS MAIN KOTOR ~ Ref Malaysiakini

Tidak sampai 24 jam pengundian akan diadakah jentera BN terus memainkan isu bahawa petugasa Pakatan Rakyat bertindak ganas dan membelakangkan undang-undang.

Ketua Penerangan PAS, YB Hj Mahfuz Omar dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendakwa terdapat kecenderungan Barisan Nasional (BN) untuk menangguhkan pengundian dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dalam masa beberapa jam lagi.

Ini kerana melihat kepada corak kempen yang dilakukan jentera BN dan kecenderungan media untuk membuat laporan seolah-olah berlaku tindakan ganas di sana, kata Mahfuz ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ujarnya, BN melihat bahawa pengundi di Permatang Pauh akan memberi sokongan penuh kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang cukup terkenal di sana sejak 1982 lagi.

Justeru melihat kepada perkembangan kempen yang rata-ratanya menyebelahi Anwar, beliau merasakan BN mungkin akan berbuat sesuatu bagi mengagalkan Ketua Umum KeADILan itu masuk menang dan masuk ke Parlimen pada 28 Ogos ini.

"Saya melihat kepada kecenderungan provokasi yang dilakukan dengan laporan adanya bom dan sebagainya seolah-olah melihat berlakunya keganasan, walaupun sebenarnya tidak berlaku sedemikian," ujarnya.

Sementara itu seorang perayu undi Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa beliau diugut bunuh oleh sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mengedarkan risalah dan cakera padat (CD) di pasar Seberang Jaya berhampiran rumah calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, para penyokong parti tersebut turut mengambil gambar kereta milik mangsa, Aisyah Hussin, 43, merampas CD dan risalah serta mengepung peraih-peraih undi yang lain.

Aisyah kemudian membuat laporan polis di ibu pejabat polis (IPD) Seberang Perai Tengah di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Jelas sekali dakwaan yang dibuat oleh Mahfuz dan laporan Polis menyokong BN ini membuktikan BN cuba menggunakan taktik kotor untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat agar rakyat beralih sokongan kepada BN.

Namun tinjauan saya di sini sejak semalam mendapati semua tohmahan dan fitnah BN ini memakan diri mereka sendiri di mana pengundi semakin meluat kepada BN kerana membuat tuduhan dan dakwaan yang bohong dan tidak masuk akal.

Comments