AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

PERBICARAAN ALI RUSTAM 30 JULAI DITANGGUHKAN - Ref Malaysiakini

Perbicaraan saman fitnah Ali Rustam terhadap bekas CEO Southern Hospital Abdul Hamid Mustapah (gambar) yang dijadualkan pada 30 dan 31 Julai ini di Mahkamah Tinggi Melaka ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kemudian.

Abdul Hamid yang saya hubungi pagi tadi mengesahkan bahawa Peguam Mohd Ali telah memohon mahkamah menangguhkan kes tersebut ke suatu tarikh lain. Saya tidak mengetahui sebab mengapa ianya ditangguhkan. Insya Allah jika tarikhnya ditetapkan nanti akan saya maklumkan di dalam blog ini.

Berita tentang saman Abdul Hamid kepada Mohd Ali telah saya dedahkan di Blog pada 20 Jun 2008 yang lalu. Di bawah ini saya siarkan berita tersebut sepenuhnya sekali lagi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah di saman oleh Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern yang mendakwa Mohd Ali telah menfitnahnya.Hospital Southern yang kini dikenali sebagai Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital) dipunyai oleh kerajaan negeri sebagai pemegang saham terbesar, Mediquest Sdn Bhd dan Apex Pharmacy Bhd.Abdul Hamid Mustapah (gambar), 48, mendakwa Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.

Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini. Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.

Tuduhan tersebut telah dicatatkan di dalam minit mesyuarat tersebut.Ekoran dari tuduhan tersebut Abdul Hamid kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka sebagai pengurus promosi pelancongan. Beliau bagaimanapun enggan melaporkan diri di Pejabat Bahagian Pelancongan Negeri Melaka menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya melalui surat yang dihantar kepadanya pada awal bulan Oktober 2005.

Tempat Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern digantikan oleh Radhuana Salleh, bekas kerani bank, yang dilantik pada 2 September 2005.Beliau mendakwa akibat fitnah itu, reputasinya mengalami kerosakan yang amat teruk sehingga menyebabkan beliau sukar mendapat kerja di syarikat lain.

Melalui peguamnya, Abdul Hamid menuntut supaya defendan iaitu Mohd Ali meminta maaf dan menghentikan fitnah terhadapnya serta membayar ganti rugi bagi kerosakan reputasi yang dialaminya.Bagaimanapun, Mohd Ali, enggan memohon maaf dan membayar gantirugi seperti yang diminta oleh Abdul Hamid melalui peguamnya.

Abdul Hamid menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta dengan faedah 8 % setahun daripada defendan, faedah, kos dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Wang RM10 juta itu adalah sebagai gantirugi kepada kecederaan perasaan, reputasi dirinya sebagai seorang professional yang terjejas teruk dimata kakitangan hospital, kerajaan negeri dan orang awam.

Selain itu, Abdul Hamid juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah bagi defendan atau ejen mereka, daripada bercakap, menulis, menerbit atau mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan yang bersifat fitnah terhadapnya.Menurut Abdul Hamid tuduhan defendan adalah tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengarahkan kakitangan hospital atau sesiapa sahaja supaya tidak memberikan rawatan kepada Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Abdul Hamid juga menafikan bahawa beliau telah menipu defendan atau memberikan maklumat palsu berkenaan akaun Hospital Southern.Sementara itu, Abdul Hamid yang ditemui oleh wakil SIASAH menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai integriti dan imejnya tercalar akibat dari kes saman fitnah ini.

"Tidak ada gunanya beliau terus berkhidmat sedangkan beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak beretika dan suka membuat fitnah melulu sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain"."Sebenarnya ramai lagi pegawai-pegawai agensi kerajaan negeri yang menerima nasib seperti saya tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan atau menuntutnya di mahkamah" ujar Abdul Hamid dengan tegas.

Abdul Hamid menyeru seluruh ahli Umno supaya tidak lagi memilih Mohd Ali sebagai pemimpin mereka pada pemilihan Umno cawangan, bahagian dan pusat bermula Ogos hingga akhir tahun ini."Tidak ada maknanya memilih pemimpin yang suka menjatuhkan orang lain dengan tuduhan palsu dan tidak berasas, adalah amat berbahaya kepada bangsa Melayu jika pemimpin seperti dipilih menjadi ketua kita semua" ujar beliau.

Sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi Melaka untuk kes saman fitnah ini Abdul Hamid juga akan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Buruh Melaka mengenai penamatan perkhidmatan beliau di Hospital Southern.

Beliau mendakwa penamatan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Buruh pada 28 dan 29 Julai ini.Abdul Hamid yakin keputusan perbicaraan di Mahkamah Buruh akan berpihak kepadanya kerana penamatan jawatan beliau di Hospital Southern adalah tidak mengikut prosedur undang-undang buruh Malaysia.
"Saya sendiri tidak pernah diberikan amaran atau dihadapkan kepada jawatankuasa 'domestic inquiry' syarikat. Tiba-tiba sahaja saya diberhentikan kerja"."Ini sudah tentu bercanggah dengan undang-undang buruh yang diamalkan di negara kita" ujarnya dengan yakin.Beliau juga menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya turun beramai-ramai pada 28, 29, 30 Julai dan 31 Julai ini di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Tinggi Melaka untuk memberikan sokongan moral kepadanya untuk menentang Ali Rustam di mahkamah.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kedua-dua kes ini, Abdul Hamid dengan tegas menjawab, menang atau kalah adalah tidak penting tetapi menegakkan kebenaran dan menuntut haknya adalah lebih utama demi maruah dan harga diri.Sebelum ini Abdul Hamid juga pernah menyaman bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Hamzah yang kini merupakan Ahli Parlimen Jasin, Hospital Southern dan Haji Abdul Rahaman Abdul Karim.

Beliau menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta dari Ahmad, RM3 juta dari Hospital Southern dan RM10juta dari Abdul Rahaman. Ketiga-tiga defendan juga didakwa telah menfitnah beliau.

Harap Maklum.

Comments

dak ajih said…
Syabas En. Hamid. Teruskan usaha itu. Kami penduduk Alor Gajah mendoakan agar saudara berjaya dan menghapuskan pemimpin yang rakus itu. Kerjakan dia cukup2.
Anonymous said…
uncle hamid nice guy. ajar music dulu kat budak home.