AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK

Sejak mempunyai blog ini beberapa bulan lalu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu hebat mengkritik pembangkang. Terbaru beliau mengkritik DAP kerana tidak elaun wakil rakyatnya perlu dimasukkan dalam akaun parti itu. Sedangkan katanya elaun itu adalah hak wakil rakyat dan ia sewajarnynya dibayar terus kepada individu dan bukannya kepada parti.

Katanya lagi, inilah yang berlaku kepada wakil rakyatnya di Melaka apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membuat pembayaran, tetapi wakil rakyatnya tanpa usul periksa mengaku belum menerima elaun itu.

Saya tidak pasti apakah tuduhan Datuk Seri itu benar atau tidak. Cuma saya ingin bertanya kepada Datuk Seri apakah Umno dan BN benar-benar demokratik.

Di bawah ini beberapa soalan saya untuk dijawab oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

1) Apakah Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat jumlah peruntukan yang sama dengan Wakil Rakyat BN?

2) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dijemput sama dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan?

3) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat kemudahan menggunakan tempat-tempat awam sebagaimana Wakil-wakil Rakyat BN?

4) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dilayan sepertimana Wakil-wakil Rakyat BN di Jabatan-jabatan Kerajaan?

5) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka diberikan hak yang sama untuk berucap, merasmikan majlis dan sebagainya dalam mana-mana program melibatkan rakyat dan badan-badan bukan kerajaan?

Itu sahaja pertanyaan untuk kali ini. Harap Datuk Seri dapat menjawab dengan adil dan jujur.

Comments