AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SENARAI KEGAGALAN KERAJAAN PN TEBUK ATAP


Berikut adalah kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tebuk atap:

1) Membazirkan duit rakyat jutaan ringgit sebulan dengan pembentukan 70 orang anggota kabinet. Malah  anggota kabinet itu jelas gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing.

2) Gagal menyelesaikan atau mengurangkan pandemik COVID-19 sejak dari awal mereka 'merompak kuasa'.

3) Menteri-menteri gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing contohnya menteri kesihatan dan lain-lain.

4) Perdana Menteri kerajaan tebuk atap gagal menstabilkan kerajaannya sendiri sehingga majoriti semakin tipis malah sekarang hilang majoriti.

5) Perdana Menteri gagal meletakkan jawatan walapun sudah hilang majoriti.

6) Keadaan ekonomi semakin buruk sejak dari awal pemerintahan dan ditambah pula dengan proklamasi darurat yang menyebabkan pelabur takut untuk melabur dan pelaburan sedia ada ditarik keluar.

7) Kerajaan sekarang dibentuk dengan mandat yang diperolehi secara tidak bermaruah di mana ianya dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bermaruah yang melompat parti.

8) Kerajaan yang dianggotai oleh hampir 100% Melayu Islam gagal mengangkat martabat Islam di mana judi, arak dan sebagainya terus dibiarkan malah semakin berkembang contoh cabutan nombor ekor ditambah kepada 22 kali. Kilang arak terus beroperasi, pusat judi terbesar di Genting Highland terus beroperasi dan banyak lagi contoh lain. 

9) RUU355 yang diwar-warkan sebelum ini gagal digubal dan dilaksanakan.

10) Kes Adib tidak diselesaikan. 

11) Bilangan pengangguran semakin meningkat. Ramai rakyat yang dibuang kerja.

12) Hutang negara semakin meningkat

13) Menteri-menteri sendiri ingkar kepada undang-undang contoh Khairuddin Takiri didenda kerana gagal mematuhi SOP PKP.

dan banyak lagi ..................

Comments