AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Polis Marin rampas pelbagai barangan seludup bernilai RM29.8 juta.


KUALA LUMPUR, 16 Jan -- Pasukan Polis Marin (PPM) menyita pelbagai barang seludup dianggarkan bernilai RM29.8 juta sepanjang tahun 2020 yang membabitkan 407 kes.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata antara barangan yang sering diseludup masuk ke negara ini ialah minuman keras dan rokok pelbagai jenama.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas juga, PPM telah menahan seramai 230 individu yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan di seluruh negara.

“Tangkapan berkenaan meliputi (tindakan dan penguatkuasaan) daripada pelbagai sudut undang-undang yang berkaitan antaranya (melibatkan) Akta Kastam (1967), Akta Kawalan Bekalan (1961) dan Akta Racun (1952).

“Bagi tahun 2019 pula, pihak kami merampas pelbagai barang seludup dianggarkan bernilai RM102.9 juta dengan penangkapan seramai 392 individu di seluruh negara yang melibatkan sebanyak 687 kes,” katanya kepada Bernama baru-baru ini, di Bukit Aman, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata PPM juga telah mempergiatkan kawalan dan rondaan di sempadan perairan negara bagi mengekang pencerobohan dan jenayah rentas sempadan ke Malaysia.

“Risikan keselamatan juga dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan di perairan bebas dari sebarang kegiatan penyeludupan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata semua pegawai dan anggota yang bertugas mengawal  keselamatan di sempadan perlu dilengkapi dengan helmet dan baju kalis peluru terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi. 

“Selain itu, pembekalan peralatan keselamatan (daripada kepala hingga ke kaki) untuk penugasan pasukan infantri dan pasukan Tiger Platoon PGA (Pasukan Gerakan Am) akan ditambah baik dari masa ke masa mengikut keperluan pengoperasian dan seiring dengan perkembangan teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata lagi, pos-pos barisan hadapan PGA di kawasan sempadan akan ditambah baik sekiranya terdapat keperluan untuk dilengkapi dengan binaan yang mempunyai ketahanan dan keupayaan tahan peluru.

-- BERNAMA

Comments