AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MUHYIDDIN JELAS 'DESPERADE' MASIH UNGKIT ISU DARURAT-KADIR JASIN

 


"Adalah tidak wajar malah nampak sangat 'ke-desperado-an' Muhyiddin apabila dia terus mengungkit mengenai darurat.

"Cukuplah, Yang di-Pertuan Agong sudah tolak. Lagipun, kalau kita tengok reaksi di media sosial, majoriti tidak setuju darurat diisytiharkan," ini adalah luahan hati Kadir Jasin dalam hantaran Facebook hari ini.

Ternyata Muhyiddin masih lagi ralat kerana niatnya untuk negara diletakkan dalam darurat tidak kesampaian apabila tidak diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Jelas sekali Muhyiddin pemimpin yang degil dan tidak 'reti' bahasa. Alangkah malangnya Malaysia mempunyai pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Rakyat menjunjung kasih dengan keputusan Tuanku DYMM Yang Dipertua Agong dan telah jelas menolak darurat mengapa Muhyiddin masih dilihat berdegil. 

Comments