AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

KENA HENTAM BARU NAK MINTA MAAF


KUCHING 16 NOV: Sesudah teruk dihentam oleh pelbagai pihak barulah Ahli Parlimen Bintulu yang celupar dan kurang ajar Tiong King Sing semalam memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan keterlanjuran kata beliau ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, baru-baru ini.

"Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021," katanya dalam satu kenyataan semalam dipetik dari Bernama.

Jelas sekali beliau baru sedar tentang betapa ruginya menghentam penjawat awam. Rugi dari segi imej dan kredibilitinya malah juga dari segi politik. Mungkin ada pihak meminta beliau memohon maaf.

Tiong dikecam hebat susulan ucapan perbahasannya Rabu lalu apabila beliau mempersoalkan sama ada Dr Noor Hisham takut untuk mati akibat COVID-19 kerana mengelak daripada turun padang mengikuti pembanterasan pandemik COVID-19 di Sabah.

-- BERNAMA

Comments

Anonymous said…
MP cap ayam
Anonymous said…
Menteri Kesihatan pun makan gaji buta tak backup langsung Pengarah Kesihatan. Tak boleh pakai punya PN.