AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Bila timbalan lebih tahu dari menteri, ini kakistocracy


KUALA LUMPUR 10 NOV : Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai ‘kakistocracy’ yang dikuasai seorang Timbalan Menteri yang lebih mengetahui banyak perkara berbanding Menterinya sendiri.

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang menyatakan tidak mengetahui tentang jumlah peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Ini kerana menurutnya, kenyataan itu bercanggah dengan Timbalan Menteri KMM, Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa penubuhan semula JASA adalah idea beliau dan Saifuddin tahu mengenainya.

“Adakah kita sedang melihat kakistokrasi bekerja, di mana Timbalan Menteri lebih berkuasa dan mengetahui lebih banyak benda berbanding dengan Menteri beliau?

“Melihat kemarahan di seluruh negara terhadap cadangan untuk mengembalikan JASA, adakah Saifuddin akan mengambil inisiatif untuk membetulkan kesilapan ini di dalam Kabinet dan menghentikan rancangan mengembalikan unit tersebut?

“Adakah Saifuddin akan memberikan peruntukan ini kepada sebuah agensi khas untuk menggalakkan perpaduan negara dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik untuk bersama melawan wabak Covid-19?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, isu penubuhan semula JASA mendapat tentangan hebat dan dipertikaikan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dikritik sebagai satu jumlah amat besar dan perlu segera dibatalkan.

Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menggesa agar kerajaan menarik semula peruntukan tersebut dan memberi peringatan bahawa Belanjawan 2021 tidak akan diluluskan dengan mudah sekiranya bantuan untuk rakyat tidak diutamakan.

-- Malaysiadateline


Comments