AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

BAJET UNTUK JASA DAN PKN HANYA UNTUK POLITIK SEMATA-MATA


Dana untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang berjumlah kira-kira RM81 juta dan RM 8.5 juta untuk Penggerak Komuniti Negara perlu ditarik semula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi penekanan kepada kebajikan rakyat  serta hanya bertujuan politik semata-mata.

“Kalau kita bagi hujah apa pun orang  tidak  percaya. Kerajaan bagi subsidi padi untuk rakyat miskin. Tapi untuk kroni politik RM 81 juta diberikan. Saya minta batalkan keputusan ini dan juga untuk Penggerak  komuniti.

“Peruntukan ‘one off’ RM8.6 juta untuk kesenangan kelompok wanita. Menteri Kewangan perlu jaga integriti,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini

Comments