AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

ADUN DURIAN TUNGGAL BANTU RAKYAT CARI KERJA


DURIAN TUNGGAL 16 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Mohd Sofi Abdul Wahab melancarkan program membantu rakyat mencari kerja. Dalam postingnya di FB beliau meminta mana-mana individu untuk datang ke Pusat Khidmatnya di Taman  Seri Bayan, Durian Tunggal.

"Sesiapa sahaja boleh datang ke pejabat saya untuk kami bantu dari segi mengisi borang, upload dokumen dan sebagainya dalam portal iklan kerja kosong yang disediakan" kata beliau dihubungi DETIK HARIAN malam tadi.

Menurut beliau impak dari COVID-19 ini memang ramai yang kehilangan pekerjaan dan tidak tahu kemana tempat untuk mengadu. 

"Kami cuba bantu mereka dengan menyediakan fasiliti dan peralatan untuk mereka memohon kerja secara online" tambah beliau.

Comments