AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Tiga lagi korban, 589 kes baru


Tiga kematian dan 589 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes dengan kebolehjangkitan aktif sebanyak 5945 kes.

Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi sebanyak 304 kes diikuti oleh Selangor (150 kes) dan Perak (50 kes).

Bagaimanapun, sebanyak 27.2 peratus daripada kes baru adalah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Setakat ini, kes terkumpul adalah sebanyak 18129 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian sebanyak 170 kes.

Berikut makluman ringkas Covid-19 hari ini:

Kes sembuh= 409

Jumlah kes sembuh= 12,014 kes

Kes positif= 589 (kes import=  tiga, kes tempatan=586)

Jumlah positif= 18,129 kes

Kes kematian= tiga

Jumlah kes kematian= 170 kes

Kes dirawat di ICU= 103 kes

Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes

/Mkini 

Comments