TAKIYUDDIN BIADAP BERCAKAP MENDAHULUI AGONG


PAS percaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tuntutan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dan menganggapnya sebagai tindakan terdesak presiden PKR itu untuk berkuasa.

Setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan berkata semua ahli Parlimen PAS teguh menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.  

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Baharu yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini dipetik dari The Malaysian Insight.

"Siapa Takiyuddin ini, pandai-pandai nak bercakap bagi pihak Agong. Baginda pun tidak bertitah apa-apa tiba-tiba Takiyuddin pandai-pandai pulak." kata Ahmad Nejad seorang pemuda yang ditemui Detik Harian hari ini.

"Memang kurang ajar Takiyuddin ini, jelas PAS sebenarnya dalam keadaan takut dan gusar dengan perkembangan terbaru ini." tambah beliau. 

Kenyataan Takiyuddin ini disifatkan oleh Ahmad Nejad sebagai betul-betul kurang ajar dan biadap. Kita sebagai rakyat percaya baginda seorang  yang adil dan sentiasa menjadi payung kepada negara dan rakyat.

Comments