AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SPEAKER JANGAN BUAT TAK NAMPAK PADA USUL TAK PERCAYA


ADUN Durian Tunggal, Sofi Wahab menggesa Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun supaya menerima usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin oleh ramai anggota parlimen untuk dibahaskan.

 "Jangan buat tak nampak terhadap usul yang dihantar oleh Ahli-Ahli Parlimen, bukan seorang yang hantar tetapi ramai"

"Sebagai Speaker Azhar mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak usul tersebut, jangan berdolak dalih, jangan malukan diri sendiri" ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Melaka.

Beliau berkata usul ini sangat penting bagi membuktikan Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

"Ia mesti dibuktikan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2021 kerana nanti tidak ada guna bajet 2021 dibentangkan tetapi ditolak oleh Parlimen kerana kerajaan Muhyiddin sudah tiada majoriti lagi. Bukankah ianya membazirkan masa perbahasan dan ia perlu dibentang semula oleh kerajaan baharu" tegas beliau ketika dihubungi Detik Harian tengahari ini.

Hari ini Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dijangka akan memfailkan usul tidak pecaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti dilakukan kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu Ketua Penerangan Penaja Pejuang, Maszlee Malik, berkata keputusan mengusulkan undi tidak percaya diambil kerana kegagalan perdana menteri mentadbir kerajaan sewaktu wabak Covid-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang diperolehinya.

Usul undi tidak percaya tersebut difailkan oleh Mahathir (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Umno mengancam untuk menarik sokongan daripada gabungan itu.


Comments