AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

SEMUA SEKOLAH WAJAR DITUTUP ELAK COVID-19 MENULAR.


KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan mana-mana sekolah yang mencatatkan kes positif COVID-19 ditutup sementara waktu bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan sewajarnya. 

Presidennya Adnan Mat berkata penutupan sementara itu bagi membolehkan proses mengenal pasti kontak rapat, sekali gus dapat mengelak risiko penularan kepada orang lain.

"Jika sekolah terus beroperasi seperti biasa dengan kehadiran kontak rapat ke sekolah, Ceupacs bimbang ia boleh meningkatkan risiko penularan. (Jika sekolah ditutup buat sementara waktu), kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sekolah dapat dijalankan dengan lebih lancar.

"CUEPACS mendapat maklum balas hampir semua sekolah yang merekodkan kes COVID-19 dalam kalangan warganya tidak kira sama ada murid atau guru telah mencatatkan penurunan kehadiran murid yang sangat rendah.

“Kemerosotan kehadiran murid ini berasas kerana ibu bapa sudah pasti bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terdedah dengan penularan COVID-19," katanya. 

Pada 7 Okt, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan kesemua 384 sekolah di Klang, Selangor dan tiga daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran yang diklasifikasikan sebagai zon merah COVID-19 ditutup bermula 8 hingga 23 Okt.

Penutupan itu melibatkan 142 sekolah di Klang dan 242 sekolah di tiga daerah berkenaan di Sabah.

Namun begitu cadangan Cuepacs ini disanggah oleh beberapa ibubapa yang kami temui di sekitar Melaka.

Itam Alang, 51, berkata bukan sahaja sekolah tertentu yang perlu ditutup sementara tetapi semua sekolah wajib ditutup.

"Kita bimbang penularan COVID-19 ini, alangkah baiknya kalau semua sekolah ditutup sementara mungkin selama 2 minggu atau sebulan kerana budak-budak ini ketahanan mereka adalah lemah"

"Kalau IPT ditutup mengapa sekolah dibuka, budak-budak sekolah lagi sukar dikawal dan imuniti mereka lemah" ujarnya.

Seorang ibu, Hani Osman, 50 berkata kerajaan sepatutnya lebih peka kepada keselamatan rakyat bukannya mementingkan ekonomi sahaja.

"Sekarang ini kes sudah menjangkau lebih 300 malah dah capai 600 lebih baru-baru ini takkan kerajaan tak nampak kepentingan menutup sekolah buat sementara"

"Jika wabak ini semakin serius nanti, minta dijauhkanlah, siapa yang hendak kita persalahkan." tegas beliau yang merupakan surirumah.

Gambar hanya hiasan

Comments