MUHYIDDIN PEMIMPIN TIADA MARUAH.


MELAKA 17 OKT : Ramai pihak menyifatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamat jawatannya. 

Seorang penduduk di Taman Pengkalan yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid Alang, 54 berkata amat malang bagi negara kita mempunyai Perdana Menteri yang tidak tahu malu seperti Muhyiddin Yassin yang masih berdegil ingin mempertahankan jawatannya.

"Kalau di negara barat dah lama pemimpinnya letak jawatan, tapi Muhyiddin muka tak malu dan muka tembok tetap bertahan tidak mahu letak jawatan walaupun tahu bahawa beliau sudah tiada sokongan majoriti Ahli Parlimen"

"Ini standard pemimpin kampungan macam JKKK atau JPKK sekarang bukan taraf Perdana Menteri, kita malu kepada negara luar ada seorang Perdana Menteri yang macam ini"ujarnya.

Manakala rakannya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata adalah jelas Presiden Bersatu itu sudah kehilangan majoriti apabila beberapa pemimpin Umno secara terang-terangan mengkritik dan tidak menyokong beliau, antaranya Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan Najib Tun Razak serta beberapa yang lain.

"Sepatutnya Muhyiddin mesti bertindak sebagai anak jantan memanggil sidang khas Parlimen dan membentangkan usul supaya mencadangkan usul undi tidak percaya dibahas dan diundi bagi membuktikan beliau masih PM yang sah atau hilang majoriti."

"Beliau memang penakut dan  dan tidak layak dipanggil negarawan yang dihormati"tambah beliau.



Comments

Anonymous said…
hidup muhyidin...
Anonymous said…
Dari buat undi di Dewan Muhyiddin guna Polis untuk dapatkan senarai nama dari Anwar.

Tak kan sikit pun tak ada maruah..