AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MUHYIDDIN PAKSA UMNO TERIMA HISHAM SEBAGAI TPM?


Bekas Ahli MKT Umno, Lokman Noor Adam mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memaksa mereka agar menerima Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri, dakwa orang kanan Datuk Seri Najib Razak.

Lokman dalam siaran langsung menerusi facebook beliau malam tadi mendakwa, ia dimaklumkan Muhyiddin kepada Umno petang semalam.

“Pagi semalam Muhyiddin kata, beliau sedia terima siapa sahaja sebagai timbalan perdana menteri dari Umno kecuali Zahid Hamidi.

“Hari ini dia paksa Umno terima Hishamudidn Hussein pula jadi TPM,” dakwa Lokman, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam siaran itu.

Hishamuddin disifatkan oleh pemimpin dan ahli Umno sebagai individu yang menikam mereka dari belakang selepas mengetuai komplot membawa para ahli parlimen dari Umno lari meninggalkan mereka dan menyertai Bersatu ketika beliau masih kekal dalam parti itu.

Hishamuddin juga merupakan besan kepada Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Ketua Penerangan Bersatu yang juga bekas timbalan Presiden PKR yang mengkhianati parti itu.

Seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin juga menzahirkan bantahan kepada cadangan Muhyiddin untuk memilih Hishamuddin.

“Mengkhianati Umno hanya merugikan ahli parti. Tetapi yang ini pengkhianat negara. Bagilah pencerahan wahai pengkhianat Umno. Jangan sampai BN gunakan duit haram dalam aktiviti parti,” tulis Zaharin sambil meletakkan gambar Hishamuddin.

--- Malaysiadateline


Comments