AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MUHYIDDIN CARI HELAH TAK MAHU LANTIK UMNO SEBAGAI TPM?


Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

Apakah Muhyiddin sengaja mencari helah untuk tidak melantik pemimpin Umno menjadi Timbalan Perdana Menteri.?

Muhyiddin alasan yang konkrit untuk tidak menerima Zahid sebagai timbalannya. Manakala Zahid pula sudah tentu mahukan dirinya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi membolehkan dirinya berkuasa semula bagi kepentingan dirinya.

Apakah pimpinan Umno seperti mana biasa tidak berani bersuara menentang keputusan Presiden merekaa? Sepatutnya mereka berani menamakan orang lain sebagai calon TPM dan menyanggah hasrat Zahid yang jelas dilihat mempunyai kepentingan dalam isu ini.

Comments