AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MIC KEDAH KENA 'LESING' DENGAN SANUSI


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata bahawa MIC sebagai parti komponen BN perlu menggunakan saluran gabungan parti itu untuk membangkitkan sebarang isu pelantikan jawatan dalam kerajaan negeri.

Katanya, MIC dalam hal ini tidak sesuai berunding terus dengan PAS.

"MIC komponen BN. Dia kena cakap dengan BN, bukan dengan PAS," katanya kepada Malaysiakini menerusi mesej WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas dakwaan Pengerusi MIC Kedah S Ananthan bahawa PAS Kedah mengamalkan sikap pilih kasih dalam isu-isu pelantikan di dalam kerajaan negeri.

"Keputusan-keputusan politik antara parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dibuat di peringkat pusat dan diperturunkan kepada negeri untuk implimentasi.

"Lagipun, MIC ini komponen BN, dia kena runding dengan BN atau Umno. Hak-hak dan kehendak MIC perlu melalui BN. Kena ambil apa-apa keputusan di pusat, bukan PAS Kedah," kata Sanusi lagi.

'Cakap tak serupa bikin'

Untuk rekod, pada Mei lalu, kerajaan Kedah Pakatan Harapan di bawah pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan diambil alih oleh PAS bersama BN, Bersatu dan dua Adun PKR yang berpaling tadah dengan menyertai PN.

Dengan kekuatan 15 kerusi di DUN, pengarah pilihanraya PAS pusat Sanusi dilantik sebagai menteri besar.

Sejak itu, kerajaan negeri dikritik sebagai bersikap pilih kasih dengan meminggirkan wakil-wakil BN dalam pelantikan di kerajaan negeri.

Ananthan yang juga Ahli Dewan Negara sebelum ini mendakwa bahawa PAS sebagai parti 'cakap tak serupa bikin'.

Comments