AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MALANG BAGI RAKYAT MALAYSIA, KERAJAAN UTAMAKAN EKONOMI DARI KESELAMATAN.




MELAKA 6 OKT : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara kerana "dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara."

Ini walaupun jumlah kes Covid-19 harian mencapai tahap tertinggi selama beberapa hari lepas..

"Setakat hari ini, kita tidak memikirkan soalan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di selurah negara atau total lockdown,.

"Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai kes-kes Covid-19 yang tinggi.

"Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas," kata beliau hari ini.

Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka, Sofi Wahab berkata malang bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan 'tebuk atap' ini tanpa segan silu mementingkan ekonomi dan aktiviti sosial dari keselamatan rakyat. 

"Dalam keadaan kes COVID-19 melonjak hingga 691 kes, kerajaan masih merasakan ia masih terkawal sedangkan ia kes tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia."

"Sepatutnya kerajaan mengorak langkah lebih serius untuk mengelakkan keadaan lebih parah dan mendesak"ujar Sofi.

Menurutnya antara langkah yang patut diambil oleh kerajaan ialah menutup sekolah, mengarahkan semua program melibatkan ramai orang dihentikan, mewajibkan semua rakyat mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah bermula 10 Sept menjalankan ujian COVID-19 dan mengkuarantinkan diri masing-masing. 

"Malah adalah lebih baik kerajaan mengarahkan PKP secara total seperti dahulu untuk jangkamasa minima 2 minggu atau sebulan bagi memastikan pemutusan rantaian COVID-19."katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal Melaka juga menggesa kerajaan menghukum semua menteri-menteri yang melanggarkan SOP PKP seperti tidak memakai penglitup muka dalam program-program yang mereka sertai, tidak mengkuarantin diri sendiri dan lain-lain kesalahan.

"Perdana Menteri sepatutnya memastikan semua menteri yang melanggar SOP PKP diambil tindakan bukannya nak semata-mata nak rotan rakyat yang langgar SOP tetapi menteri dibiarkan lepas lepas, contohnya  Khairuddin Takiri dah lebih sebulan siasat tiada hukuman dijatuhkan"

"Rakyat nak dihukum, menteri dibiarkan terlepas begitu sahaja, ini yang dikatakan undang-undang dua darjat" tambah beliau.

Gambar hanya hiasan.

Comments