AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

MAHASISWA ANAK DURIAN TUNGGAL BOLEH DAPATKAN TAJAAN TIKET BAS


ALOR GAJAH 3 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Sofi Wahab memaklumkan bahawa
mahasiswa/i yang berasal dari DUN Durian Tunggal yang ingin pulang ke kampung masing-masing dengan menaiki bas boleh memohon dari Pihak Pusat Khidmat ADUN Durian Tunggal untuk tajaan tiket bas.

"Saya terpanggil untuk memberikan sedikit bantuan kepada mahasiswa yang teraniaya akibat dari kelemahan dan sikap flip-flop Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad yang lemah dalam menguruskan isu samada mahasiswa perlu pulang ke kampus atau tidak"

"Setelah mahasiswa sampai untuk mendaftar di beberapa Universiti mereka diarahkan oleh pentadbir supaya pulang semula ke kampung masing-masing." katanya dalam hantaran Facebook rasminya petang ini.

"Ini bukan kali pertama Noraini Ahmad gagal dalam menguruskan mahasiswa dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini. Sewajarnya beliau meletakkan jawatan dan diganti oleh orang lain"tegas beliau.

Beliau mempersoalkan mengapa arahan supaya tidak kembali ke kampus tidak dimaklumkan lebih awal.

Menurutnya mahasiswa yang berasal dari DUN Durian Tunggal boleh menghubungi talian 010-6693264 (whatsapp sahaja) untuk urusan permohonan tajaan tiket bas ini.

Comments