AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Gunakan Akta 342 untuk teruskan undi di Sarawak bukan darurat


KUALA LUMPUR 24 OKT : Kerajaan boleh meneruskan pilihan raya Sarawak dan Batu Sapi dengan mengetatkan peraturan pengundian termasuk menggunakan Akta 342, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit.

Melalui Akta ini, peraturan pilihan raya boleh diperketatkan dengan menghalang orang luar keluar masuk ke kawasanm pilihan raya, kata peguam Dr Zulqarnain Lukman.

Selain itu, jika perlu, kerajaan juga boleh memperkenalkan pengundian secara online bagi bagi mengelakkan Covid-19 merebak lagi.

“Tidak perlu Covid-19 dijadikan alasan untuk perintah darurat kerana Akta 342 ini cukup untuk mengawalnya,” kata Dr Zulqarnain, pengamal undang-undang yang mempunyai PhD itu.

Beliau mengulas permintaan Tan Sri Annuar Musa yang meminta diberikan cadangan lain untuk memenuhi keperluan pilihan raya di Sarawak dan Batu Sapi selain undang-undang darurat.

“Tolong nasihatkan undang-undang mana boleh digunakan apabila pengundi Batu Sapi mahu kerajaan menunda pilihan raya kecil?

“Undang-undang mana boleh digunakan apabila orang Sarawak mahu pilihan raya negeri (PRN) mereka ditunda kerana takut apa yang berlaku di Sabah?” ciapnya malam tadi.

Comments