AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

'Darurat': Raja-Raja Melayu bersidang di Istana Negara


KUALA LUMPUR 25 OKT : Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tiba di Istana Negara menjelang pertemuan bersama Raja-Raja Melayu bagi membincangkan cadangan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, antaranya termasuk pengisytiharan darurat.

Dilaporkan pertemuan akan bermula pada jam 2.30 petang ini.

Pertemuan Raja-Raja Melayu itu berlangsung ketika cakap-cakap darurat mungkin dilaksanakan bagi menangani wabak Covid-19.

Ini selepas Muhyiddin mengadap Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Jumaat lalu.

 Sementara itu, halaman rasmi Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan gambar-gambar baginda berangkat untuk menghadiri mesyuarat Raja-Raja Melayu ini.

Sebelum ini, Istana Negara mengesahkan pertemuan Raja-Raja Melayu itu.

"Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut," maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin semalam.

-- Malaysiakini

Comments