AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

COVID-19: KES SEMAKIN MENINGKAT, TAPI KERAJAAN KATA TERKAWAL


MELAKA 3 Okt : Pemimpin negara membuat kenyataan bahawa keadaan COVID-19 terkawal. Tetapi hari ini Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 317 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, yang kesemuanya merupakan penularan dalam negara.

"Mana satu yang betul ini, jangan buat kenyataan flip-flop sebagaimana kenyataan-kenyataan sebelum ini. Kalau terkawal mengapa ianya semakin meningkat".

"Rakyat berhak mempersoalkan status sebenar, malah saya yakin rakyat akan tetap akur dengan apa juga keputusan kerajaan, Cuma jangan keputusan yang kerajaan buat menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat" kata Sofi Wahab Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka.

Menurutnya rakyat sangat terkesan dengan sikap pemimpin negara yang tidak tegas dan cekap dalam menangani isu ini sebagai contoh isu pelajar-pelajar IPT yang diminta pulang semula ke rumah masing-masing sedang sebelumnya disuruh balik ke kampus.

"Isu pemimpin kerajaan yang sewenang-wenangnya melanggar SOP PKP tanpa dikenakan hukuman setimpal sebagaimana rakyat biasa, juga membuktikan kepada kita lemahnya kerajaan dan seolah-olah ada undang-undang dua darjat" ujar beliau dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Statistik COVID-19 yang dikeluarkan hari ini merupakan hari kedua berturut-turut negara merekodkan jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda Mac lalu.

Daripada keseluruhan jumlah kes baru tersebut, sebanyak 37 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

"Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes," kata ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Kesemua jangkitan terbaru di seluruh negara melibatkan Sabah sebanyak 155 kes, Kedah (102), Selangor (32), Terengganu (9), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Johor (4), Sarawak (3), Pulau Pinang (3), Kelantan (2), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan (1).

Sehingga kini, terdapat 29 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan satu lagi kematian berkaitan wabak berkenaan, menjadikan angka korban kini meningkat kepada 137 kes. Gambar sekadar hiasan.

Mkini



Comments