COVID-19 : 569 KES BARU, 'LOCK DOWN' MASIH TAK PERLUKAH?


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 561 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Jumlah itu merupakan kedua tertinggi sejak bermulanya penularan Covid-19.

Kes baru tertinggi adalah pada enam hari lalu, iaitu pada 6 Oktober dengan 691 kes.

Sebahagian besar, iaitu 553 kes adalah penularan tempatan dengan 494 daripadanya melibatkan warganegara.

 "Sebanyak 11 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September sebanyak 353 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sementara itu, sejumlah 133 lagi pesakit sembuh hari ini.

Ini bermakna negara setakat ini mencatatkan keseluruhan 15,657 kes positif dan 10,913 kes sembuh.

Pada masa ini, terdapat 4,589 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan mereka sedang menjalani rawatan.

Menurut Noor Hisham lagi, terdapat 90 pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat dua lagi pesakit yang meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 157 orang (satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dua pesakit tersebut ialah:

Kematian ke-156 (kes 14,259)

Lelaki warga tempatan berusia 67 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Mempunyai latar belakang penyakit jantung dan Tuberculosis.

Kematian ke-157 (kes 15,584)

Lelaki warga tempatan berusia 63 tahun yang dirawat di Hospital Tawau. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri dan wilayah persekutuan:

  • Sabah (488 kes)
  • Selangor (25 kes)
  • Kedah (16 kes)
  • Kuala Lumpur (8 kes)
  • Labuan (5 kes)
  • Johor, Melaka, Terengganu (3 kes)
  • Perak, Pulau Pinang (1 kes)

Selain itu, Noor Hisham memaklumkan lima kluster baru telah dikenal pasti - tiga di Sabah, satu di Selangor dan satu lagi di Labuan.

//Malaysiakini

Comments