BUKAN ANWAR YANG DEDAHKAN SENARAI AHLI PARLIMEN YANG SOKONGNYA


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini.“Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk memberi keterangan pada 12 Oktober, jam 11 pagi. Namun begitu, setiausaha sulit beliau memaklumkan bahawa Anwar hanya dapat hadir pada 13 Oktober, jam 9 pagi.

Namun seperti yang diketahui umum bukan Anwar yang mendedahkan senarai Ahli Parlimen yang menyokongnya tetapi netizen yang berbuat demikian.

Sementara itu ramai pihak berpendapat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin betul-betul dalam keadaan terdesak sekarang kerana ramai mengetahui bahawa dakwaan Anwar itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. 

Comments