AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

AHLI PARLIMEN BN BINCANG KEWAJARAN ABAH LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR 26 OKT : Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membincangkan keperluan sama ada Muhyiddin Yassin perlu melepaskan jawatan perdana menteri, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Bendahari agung BN itu juga berkata, perkara itu kini akan dibincangkan dalam pertemuan bersama ahli Parlimen tersebut.

Ditemui di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini dia berkata demikian semasa ditemui media dan ditanya sama ada Muhyiddin wajar metelak jawatan.

Anggota parlimen BN mengadakan pertemuan tertutup di situ sejak jam 1 petang tadi.

Ditanya sama ada BN masih bersama Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin yang juga menteri luar dilantik Muhyiddin berkata hal itu yang menjadi isu diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Itulah sebab kita bincangkan. Saya mahu dengar pandangan BN," katanya.

Ahli parlimen Sembrong itu juga berkata dia tidak tahu sama ada Umno masih menyokong kerajaan PN.

"Saya tidak tahu kita tunggu mesyuarat Umno dulu," katanya.

Comments