AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

"Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19. Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini.

"Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut," menurut kenyataan itu.

--Malaysiakini

Comments