AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

2 ORANG PEGAWAI TINGGI POLIS DITAHAN SPRM


KUALA LUMPUR 7 OKT :  Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengesahkan, dua pegawai kanan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Tanpa mendedahkan perincian lanjut kes itu beliau berkata, pihaknya belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan itu.

“Setakat ini, kami masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit pengubahan wang haram atau kes lain.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan SPRM,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal Aplikasi Semak Mule, di Maktab PDRM Cheras, di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan sama, Acryl Sani memberitahu pihaknya juga menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial, berhubung penglibatan pegawai polis dalam sindiket ‘cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

“Kami menunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan SPRM memanggil sepasang suami isteri bergelar artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan siasatan kes tembak di Kuala Langat, Banting dan Bandar Kinrara Puchong baru-baru ini, Acryl Sani berkata polis sentiasa memantau penyeludupan senjata api ke negara ini dari semasa ke semasa.

“Kami sangat mengalu-alukan maklumat orang ramai untuk bersama-sama membanteras kemasukan dan pengedaran senjata api secara tidak sah, di negara ini,” katanya.

- Bernama


Comments