AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

Zahid betul bila kata ada MP Umno sokong Anwar, kata Nur Jazlan

Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah betul apabila menyatakan Umno tidak boleh menghalang mana-mana ahli Parlimennya daripada menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, apa yang dilakukan Zahid adalah untuk mententeramkan akar umbi parti itu yang sebelum ini marah dengan kerjasama bersama Bersatu.

Apatah lagi katanya apabila Perdana Menteri ketika ini bukanlah dalam kalangan pemimpin Umno sendiri, lapor The Malaysian Insight.

“Apa yang Zahid lakukan adalah perkara yang betul untuk Umno. Kita akan hadapi pilihan raya dan akar umbi sangat marah untuk Umno bekerjasama dengan Bersatu.

“Apa yang Zahid lakukan adalah yang terbaik untuk Umno kerana PM ini (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) bukan dari kalangan kita,” kata Nur Jazlan seperti dipetik portal berkenaan.

Pada masa sama, beliau juga berkata Zahid membuat kenyataan itu agar mereka yang tidak setia dengan parti boleh keluar dan menyokong Anwar.

Sementara itu, Nur Jazlan memberitahu ada ahli Parlimen Umno yang didakwa membuat perjanjian dengan Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya termasuklah anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin, yang merupakan pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu, dan bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein.

“Hamzah Zainuddin dan Hishammuddin (Hussein) juga ada permainan di belakang Zahid. Ahli Parlimen Umno juga lompat ke Bersatu sebelum ini dengan syarat tidak adil.

“Kembali kepada sejarah. Ketika pentadbiran Dr Mahathir, ahli Parlimen Umno tidak tunjuk kesetiaan mereka kepada parti,” katanya lagi.


Comments