AZMIN SOMBONG CUBA TUNJUK PANDAI?

UMNO TAK LAKU & TERUS DIHALANG UTK MASUK KE S'WAK


KUCHING 4 SEPT : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menghalang Umno daripada masuk ke Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata parti politik yang dari Semenanjung Malaysia tidak sesuai kerana mereka tidak memahami Sarawak sebaik pemimpin negeri ini sendiri.

“Di Sarawak tidak ada platform lain. Kita tidak akan benarkan UMNO masuk ke Sarawak kerana mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk Sarawak dan rakyatnya. 

“Sebab itu kita tidak mahu mereka masuk Sarawak. Kita jaga kita. Apabila kita bersatu, kita dapat lindungi diri kita (Sarawak),” katanya sebagaimana dilaporkan Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Asrama Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Dewan Serbaguna Kompleks DBNA di sini, hari ini.

GPS dan Umno kini bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat.

Sementara itu seorang pemimpin masyarakat di Sarawak yang tidak mahu namanya disiarkan berkata Umno tidak laku di Sarawak sebab semua orang tahu perangai pemimpin Umno yang mahu menjadi abang besar kepada parti-parti lain.

"Perangai pemimpin Umno semua orang dah tahu mereka mahu monopoli kuasa dan mahu jadi abang besar yang boleh perintah sesiapa sahaja' ujarnya. 

Comments