Tiada parti politik akan menang jika PRU di adakan tahun ini?


Tidak pasti parti politik mana akan menang jika pilihan raya umum diadakan bulan depan berdasarkan tinjauan pada suku ketiga tahun ini yang dijalankan oleh Kajidata.

Hasil tinjauan ini bertentangan dengan pandangan beberapa parti politik seperti Umno dan PAS yang yakin akan dapat mengambil alih Putrajaya jika pilihan raya umum diadakan.

Pemimpin PAS dan Umno memang suka bercakap besar. Kononnya mereka akan menang besar.

Muafakat Nasional (MN) yang disertai UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan syarat tiada pertembungan tiga penjuru sesama sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, MN boleh melepasi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dan tidak mustahil dua pertiga iaitu 148 kerusi jika bertanding satu lawan satu berdepan Pakatan Harapan serta mengelakkan sabotaj dalam kalangan tiga parti Melayu tersebut.

“Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagilah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan.

"Kalau Pas dapat (peruntukan) kerusi (Parlimen dan DUN) lebih besar daripada UMNO atau UMNO dapat lebih dari Pas, masing-masing jangan khianat.

“Kalau Pas dapat (menang) kerusi lebih besar pun, Pas tidak boleh tinggalkan UMNO dan begitu juga sebaliknya. (Parti) Bersatu pun tak boleh ditinggalkan. Yang penting, kita setia kepada perjanjian, iaitu piagam Muafakat Nasional,” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, konflik pengagihan kerusi antara tiga parti dalam MN kelak tidak akan timbul jika soal strategi diatur oleh pemimpin, bukannya ahli-ahli biasa parti.

“Kita kena sedar bahawa UMNO mempunyai sokongan akar umbi. Bersatu pula tiada akar umbi tetapi mempunyai pemimpin yang ada pengaruh. Pas? Akar umbi pun ada, pemimpin pun ada.

“Kita gabungkan pemimpin dahulu dengan memperkasakan perpaduan, menentukan hala tuju, buat garis panduan dan 'road map', lepas itu turun ke bawah. Pokoknya kita tidak boleh dengar desas-desus (isu pengagihan kerusi),” katanya.

Begitu juga dengan pemimpin Umno yang saban hari mendesak supaya Parlimen dibubarkan kerana mereka yakin Umno akan kembali menjadi abang besar selepas menang kerusi terbanyak pada PRU15 (itupun jika Bersatu izinkan).

Hakikatnya tidak semudah itu seperti hasil kajian Kajidata dan badan penyelidik lain sebelum ini. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Bukan hanya bercakap ikut sedap mulut sahaja.

Comments